BTC USD 43,082.6 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanah kubur Islam Selangor cukup untuk 20 tahun lagi

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,080
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,080
Reaction score
3,186
Points
261
Awards
1

Tanah kubur Islam Selangor cukup untuk 20 tahun lagi​

SHAH ALAM – Tanah perkuburan Islam di negeri ini masih mencukupi bagi tempoh 20 tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, setakat ini masih ada tanah-tanah yang sudah diwarta untuk perkuburan demi kemudahan orang Islam.

“Secara keseluruhan, kawasan tanah kubur adalah sebanyak 324 tapak meliputi tanah kubur yang diwartakan adalah 262 tapak, wakaf Irsod atau diwakafkan mana-mana perbadanan, institusi dan pertubuhan (4) dan dalam proses pewartaan lagi sebanyak 76 tapak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama kedudukan terkini tanah perkuburan Islam selepas kes kematian dalam kalangan orang Islam meningkat sepanjang pandemik Covid-19 sebelum ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan mewujudkan tanah perkuburan baharu, Mohd. Zawawi menegaskan perkara itu tidak timbul kerana pihaknya sentiasa memantau jumlah tanah perkuburan bagi pengebumian jenazah Islam.

“Perbincangan sentiasa dilakukan saya bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berhubung perkara tersebut,” jelasnya. -K!ONLINE
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
rizab tanah Nirvana banyak untuk orang Islam, tapi kos mahal .. tempat lain jangan kebumikan back2back sudah la ..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register