Tan Sri Bilionare biadap - mengajak org menukar warna jalur gemilang

Recommended Brokers

Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,810
Reaction score
184
Points
73
Veteran tentera tolak permohonan maaf Yew Yin

BALING - Veteran tentera amat terguris dengan kenyataan dikeluarkan ahli perniagaan, Koo Yew Yin yang disifatkan menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malah menolak permohonan maaf dibuat individu tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kenyataan Yew Yin itu disifatkan menghina wira-wira negara yang selama ini setia berbakti kepada negara dan mengekalkan keamanan hidup rakyat.

"Walaupun telah memohon maaf, tetapi permohonan maaf itu tidak dapat diterima sama sekali," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mansor berkata, penghinaan itu menunjukkan ada pihak tertentu sengaja mahu memporak-peranda ketenteraman awam di negara ini dan mencari kesempatan supaya berlaku ketegangan kaum, agama dan bangsa.

Semalam, Mansor bersama ADUN Kupang, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad bersama hampir 20 golongan veteran ATM membuat laporan di Balai Polis pekan Baling.

Mereka menuntut kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pihak tidak bertanggungjawab agar menjadi teladan kepada orang lain sekali gus berhati-hati ketika membuat kenyataan.

Mansor berkata, keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya tiada tindakan diambil terhadap ahli perniagaan tersebut.

Menurutnya, sebelum timbul isu penghinaan terhadap tentera, terdapat usaha mempertikai hak-hak keistimewaan orang Melayu serta Raja-Raja Melayu.

"Jika kita tidak ambil tindakan, mungkin selepas ini akan keluar kenyataan yang bertambah liar kepada pihak-pihak lain pula.

"Kita harap mana-mana pihak selepas ini tidak lagi berani mempertikaikan hak-hak keistimewaan kaum, agama dan bangsa di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Mansor mengingatkan Yew Yin supaya tidak melupakan jasa ATM yang memayungi keselamatan rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

"Suatu ketika dahulu pihak berkenaan memohon perlindungan daripada bekas-bekas tentera. Mereka hari ini hidup dengan aman damai, kaya raya dalam bumi Malaysia," katanya.

Yew Yin sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menghina anggota tentera di negara ini dengan dakwaan hanya makan dan tidur, tidak pernah menembak malah beliau turut mencadangkan supaya anggota tentera bekerja sebagai buruh di ladang.

https://www.sinarharian.com.my/article/43261/EDISI/Utara/Veteran-tentera-tolak-permohonan-maaf-Yew-Yin
Dh ada report polis nie...xkn kerajaan diam ja kot ka lena lg hahaha
 
tokey99

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
4,505
Reaction score
844
Points
71
Apa lagi..saman je beratus ribu juta..askar pun ramai yg sengkek.. LTAT dh dpt bonus ke belum?�� Tanye je..
 
cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,100
Reaction score
188
Points
33
taikun2 ni penabur dedak jd depa pikir ada 'hak' bercakap & menyakitkan hati org.
 
no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,000
Reaction score
157
Points
78
Polis tak siasat sebab tak ada polis report kat polis lagi setakat ni.
ooO ayuh abe mat mintak staff bawah report la.
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,810
Reaction score
184
Points
73
Menteri kdn dh minta siasat kt tunggu tngk mcm mn polis buat kerja
 
arla

Fun Poster
Joined
Jul 27, 2017
Messages
304
Reaction score
19
Points
15
Taikun ni patut ambik cuti rehat kat selatan filipina
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,573
Reaction score
1,150
Points
196
Yew Yin kesal singgung, hina anggota tentera

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Koon Yew Yin memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan kenyataannya sebelum ini yang menyinggung dan menghina anggota tentera.

Melalui surat permohonan maafnya yang ditulis beberapa hari lalu, beliau mengakui kesilapannya kerana mengeluarkan kenyataan bahawa anggota tentera hanya makan dan tidur.

Menurut laporan sebuah portal berita, Yew Yin turut menyatakan kekesalannya kerana menggunakan perkataan yang berunsurkan penghinaan ketika beliau mencadangkan agar anggota tentera membantu kerja-kerja ladang di FELDA.

“Saya sudah menulis surat meminta maaf kepada anggota tentera di atas kesilapan saya. Saya kesal kerana menggunakan perkataan yang menghina ketika meminta anggota tentera yang merupakan bahagian terbesar dalam perkhidmatan awam supaya membantu FELDA.

“Tiada niat saya untuk menghina sesiapa. Saya meminta maaf di atas kesilapan saya. Saya benar-benar menghargai pengorbanan dan sumbangan anggota tentera kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Yew Yin melalui satu tulisan dalam blognya bertajuk `Cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita’ anyara lain menyifatkan anggota tentera di negara hanya makan dan tidur.

Malah, melalui tulisan itu juga, beliau mendakwa anggota tentera terbabit tidak pernah menembak dan mencadangkan supaya anggota tentera dihantar bertugas di ladang FELDA, hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, beliau dilaporkan sudah meminta maaf kepada anggota ATM di atas kenyataan itu dengan menyifatkan mungkin caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan kakitangan awam terutama anggota tentera tidak disukai oleh sesetengah pihak.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/597380/yew-yin-kesal-singgung-hina-anggota-tentera
 
saigonz

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,561
Reaction score
44
Points
30

Kena ambil tindakkan tegas. Permohonan maaf tidak mencukupi.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register