Viral Tampar wanita hamil, pemandu lori ais ditahan

CG Sponsors




GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
641
Reaction score
89
Points
30
Perbuatan takda nampak pun tak kena kat kat mana. Ni mesti bab mulut ni... sampai laki meluru masuk tunjuk2 tangan. Yang cashier pun buat keja selamba balik macam dia sedar je dia ada buat 'salah'. Kena dengar dua pihak.

Kuku jari cashier pun serelong simpan, apa nak expect?
 
Sponsored Post

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,001
Reaction score
213
Points
43
Perbuatan takda nampak pun tak kena kat kat mana. Ni mesti bab mulut ni... sampai laki meluru masuk tunjuk2 tangan. Yang cashier pun buat keja selamba balik macam dia sedar je dia ada buat 'salah'. Kena dengar dua pihak.

Kuku jari cashier pun serelong simpan, apa nak expect?
xkisah lah bang mulut cashier tu puaka macam mana sekalipun, tapi bila ko dah sampai naik tangan guna kekerasan secara fizikal, memang menjawab lah nanti dalam court.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,740
Reaction score
291
Points
91
Dok nmpak brg yg lain tu je la dia x masukan dlm plastik.kne pegang bwk balik brg yg lain tu..dia mrh x masukan dlm plastik ke mcm ne tu
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,411
Reaction score
2,424
Points
206
Balasan tampar juruwang wanita

rsz_1save_20201217_130014.jpg


KLANG – Seorang pemandu lori ais batu yang menampar seorang juruwang yang hamil di sebuah pasar raya sehingga

videonya tular sebelum ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan menjatuhkan hukuman terhadap Izuandy Efendi, 38, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Izuandy membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut dengan sengaja menampar pipi kiri Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, menggunakan tangan sehingga menyebabkan cedera kepada mangsa.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya di Batu 4 Rantau Panjang di sini pukul 9.30 malam pada 29 November lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga satu tahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! pada 2 Disember lalu melaporkan hanya kerana tidak sengaja mencampakkan barang sehingga keluar daripada beg plastik, seorang lelaki tiba-tiba naik angin dan menampar seorang juruwang wanita yang hamil lima bulan dalam kejadian di sebuah pasar raya di Klang. -K! ONLINE

 
Sponsored Post
Top
Log in Register