Viral Tampar wanita hamil, pemandu lori ais ditahan

CG Sponsors




redx

Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 13, 2007
Messages
1,294
Reaction score
80
Points
40
WhatsApp-Image-2020-12-02-at-12.45.15-PM.jpeg


KLANG – Hanya kerana tidak sengaja tercampak barangan terkeluar daripada plastik, seorang lelaki naik angin dengan menampar seorang juruwang wanita yang hamil lima bulan dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam pada Ahad lalu ketika Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, sedang memasukkan barangan yang dibeli salah seorang pelanggan wanita di situ.

Menurutnya, kekhilafan itu membuat pelanggan itu memarahinya sebelum memaklumkan kepada suaminya yang berada di luar.

Katanya, insiden berlaku ketika pasar raya itu dalam proses menutup operasi hariannya dan terdapat beberapa pelanggan sedang beratur menunggu bagi melakukan transaksi pembelian.

“Selang beberapa minit, suami wanita itu meluru arah saya sambil berleter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja.

“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menampar pipi kiri saya dan insiden itu disaksikan pelanggan lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Kata Nor Ain Shafinaz, dia yang trauma dengan insiden itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja kira-kira pukul 11.30 malam.

“Laporan dibuat kerana bimbang dengan keselamatan diri jika lelaki itu mengulangi perbuatan sama terhadap saya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh dalam kenyataan hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan suspek lelaki berusia 38 tahun itu berjaya ditangkap pukul 8.30 malam tadi di rumahnya di sekitar daerah ini.

“Suspek bekerja sebagai pemandu lori ais batu dan semakan mendapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Terdahulu, insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 35 saat di laman sosial Facebook. -K! ONLINE

 
Sponsored Post

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,485
Reaction score
893
Points
171
haha...kerana sikit ja nak kena denda beratus.....serve you right.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,502
Reaction score
1,091
Points
151
Xnmpk pun apa dia buat salah, yg bini laki tu pun adoi la pi curah api lg buat apa
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,166
Reaction score
135
Points
83
serius xnampak apa2 yg pelik pun.. macam tu pun nak isu ke..

ade nampak sikit dia mcm terlepas brg sikit... itu saja... adoiii
 

dindunk

Fun Poster
Joined
May 16, 2007
Messages
121
Reaction score
38
Points
30
Xpela. Bayar jela denda tu. Kene OT sket la antar air batu.
 

imabiz

Active Member
Joined
Mar 27, 2009
Messages
2,245
Reaction score
29
Points
40
Apa yang salah cashier tu? Tgk elok je dia letak barang.. Zaman covid semua nak lepaskan stress.. Org lain jadi mangsa.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,411
Reaction score
2,424
Points
206
Bekas penagih dadah rupanya.
 

Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,708
Reaction score
101
Points
43
aku tak caya la kalau setakat terlepas barang boleh kena tampar... Mesti ada cerita lain.. kena dengar kedua-dua pihak
 

Kretos

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2010
Messages
292
Reaction score
17
Points
15
Btul kena dgr kedua dua pihak, tp pe2 jgn sampai naik tgn. Naik tgn tu da jdik kes. Trus jatuh keslhn.

Kesian, msti isteri tu senng ditgn oleh laki seperti tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register