Tamat khidmat pengawal (Jaga) warga asing...

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kira-kira 300,000 pengawal keselamatan warga asing akan ditamatkan secara berperingkat mulai bulan ini bagi memberi peluang kepada warga tempatan mengisi kekosongan jawatan di sektor berkenaan.

Perkara itu dicapai selepas empat siri perbincangan diadakan di antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sejak dua bulan lalu, berakhir petang kelmarin.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata lebih sejuta anggota Rela dan JPAM yang sudah melalui kursus asas pengendalian senjata api, akan menggantikan khidmat tenaga asing itu.

Beliau berkata, bagi menyempurnakan matlamat berkenaan, satu memorandum persefahaman akan ditandatangani di antara KDN dan PPKKM di hadapan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam tempoh terdekat ini.

Mahmood berkata, KDN turut menyiapkan satu garis panduan bertajuk Pengambilan Ahli-Ahli Rela dan JPAM Sebagai Pengawal Keselamatan yang dibahagikan kepada lapan bahagian penting.

“Perkara penting itu ialah syarat dan prosedur pengambilan; gaji dan imbuhan; pakaian seragam; latihan; kumpulan sasar; prosedur penggunaan senjata api; tempoh perkhidmatan; peranan dan tanggungjawab semua peringkat.

“Ini bermakna kita bukannya mengurangkan pengambilan pekerja asing untuk mengisi jawatan pengawal keselamatan, sebaliknya memberhentikan terus pengambilan golongan itu dalam bidang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, PPKKM yang mewakili kira-kira 500 syarikat kawalan keselamatan swasta, bersetuju menerima garis panduan itu dan pengambilan baru pengawal keselamatan membabitkan anggota Rela serta JPAM akan dilaksanakan secara berperingkat.

“KDN percaya pengambilan pengawal keselamatan di kalangan anggota Rela dan JPAM akan menjamin keselamatan orang ramai kerana mereka amat berpengalaman dan mendapat latihan secukupnya terutama berhubung pengendalian senjata api.

“Ketika ini, kita ada kira-kira sejuta anggota Rela dan bercadang untuk menambah keahliannya kepada 2.5 juta orang pada hujung tahun depan,” katanya.
 
Sponsored Post

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kira-kira 300,000 pengawal keselamatan warga asing akan ditamatkan secara berperingkat mulai bulan ini bagi memberi peluang kepada warga tempatan mengisi kekosongan jawatan di sektor berkenaan.

adehhhh.. mcam mana boeh jadi macam ni.. oh malaysia ku.. ~X(~X(~X(
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
mcm mana tak ramai cmtu. org tempatan bkn mau sgt kerja jaga ni. mengada jgk nak kerja lm opiss
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
mcm mana tak ramai cmtu. org tempatan bkn mau sgt kerja jaga ni. mengada jgk nak kerja lm opiss
yang nak kerja pun pakcik2 saja :D
 

Norfazli

Active+ Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
3,202
Reaction score
88
Points
30
mungkin ramai penganggur akan dapat kerja jika kurangkan sikap suka memilih kerja
 

bojed

Active Member
Joined
Oct 31, 2007
Messages
1,930
Reaction score
25
Points
30
Jaga indonesia kat area rumah mertua aku gaji RM400 sebulan - fixed. Tidur kat asrama, makan free time kat asrama je. Keje 12 jam sehari, 7 hari seminggu. Dapat allocation untuk cuti 7 hari setahun. Itupun diorang seboleh-boleh taknak cuti sebab boleh claim RM15/sehari cuti - maximlum RM15*7 = RM105 setahun. Diorang kata keje jadi buruh binaan lagi lumayan, tapi ramai buruh binaan indon yang kemalangan kat site, majikan bayar medical cost+gaji sebulan and then terus hantar balik indonesia. Risiko tinggi sangat.

Aku rasa pendatang asing je yang sanggup keje dengan income macam tu. Tapi bagi aku, lebih baik income RM400 sebulan daripada RM0 sebulan hari2 makan free mak bapak tanggung.
 
Last edited:

panglima_ayam

Active+ Member
Joined
Mar 12, 2008
Messages
4,105
Reaction score
23
Points
25
Jaga indonesia kat area rumah mertua aku gaji RM400 sebulan - fixed. Tidur kat asrama, makan free time kat asrama je. Keje 12 jam sehari, 7 hari seminggu. Dapat allocation untuk cuti 7 hari setahun. Itupun diorang seboleh-boleh taknak cuti sebab boleh claim RM15/sehari cuti - maximum RM15*7 = RM105 setahun.

Aku rasa pendatang asing je yang sanggup keje dengan income macam tu. Tapi bagi aku, lebih baik income RM400 sebulan daripada RM0 sebulan hari2 makan free mak bapak tanggung.
sebab tu pekerja asing kena ada kalau nak harap org malaysia rabakk ,kejap nenek sakit kejap pak long sakit ,kejap jaga anak semua ada
 
Sponsored Post
Top
Log in Register