akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,838
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,838
- Reaction score
- 6,485
- Points
- 881
- Awards
- 1
Taman Tema Disneyland terbesar di Asia Tenggara dikatakan bakal dibina di Melaka
1 min
MELAKA: Sebuah Taman Tema Disneyland dan Disney City dikatakan bakal dibangunkan di daerah Jasin, Melaka, pada tahun 2027.
Projek seluas lebih 80 hektar itu dijangka menjadi taman tema terbesar di Asia Tenggara.
Media tempatan melaporkan Anggota Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhammad Jailani Khamis berkata,pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun.
Pembinaannya dijangka menelan belanja kira-kira 2 bilion Ringgit, lapor New Straits Times.
Encik Jailani menambah, pembangunan itu akan membantu untuk mencapai sasaran 20 juta pelancong ke Melaka dalam tempoh tiga tahun.
Menurut Encik Jailani, pihaknya belum boleh memaklumkan tentang lokasi tepat namun mereka mempertimbangkan kemungkinan ia berada di daerah Jasin.
Di samping itu, ada juga saranan untuk membangunkan sistem Mag-lev sepanjang 22 kilometer bagi menghubungkan tempat-tempat daya tarikan pelancongan Melaka.