BTC USD 16,274.1 Gold USD 1,750.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taman eko-rimba Terengganu ditutup operasi mulai 1 November depan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,160
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,160
Reaction score
550
Points
121
Taman eko-rimba Terengganu ditutup operasi mulai 1 November depan
FB_IMG_1664537106952.jpg

KUALA TERENGGANU – Semua taman eko-rimba dan laluan pendakian dalam hutan simpan kekal di Terengganu akan ditutup sementara bagi sebarang aktiviti termasuk rekreasi bermula 1 November depan.

Penolong Pengarah Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Zaida Zakaria berkata, penutupan selama empat bulan berikutan monsun Timur Laut itu demi menjaga keselamatan pengunjung.

“Taburan hujan dijangka semakin kerap dan agak tinggi malah fenomena kepala air juga boleh berlaku tanpa diduga sepanjang monsun Timur Laut nanti.

“Oleh itu, orang ramai diharap dapat mematuhi larangan ini yang bakal berkuatkuasa bermula 1 November hingga 28 Februari depan,” katanya di sini hari ini.

Tujuh taman eko-rimba di Terengganu yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah Taman Eko-Rimba Air Menderu, Chemerong, Lata Belatan, Lata Payung, Lata Tembakah, Sekayu dan Bukit Bauk.

Zaida berkata, sepanjang tempoh berkenaan, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, seperti berkhemah, menyelusuri denai hutan, menaiki pacuan empat roda atau motosikal lasak di dalam hutan simpanan kekal di Terengganu adalah tidak dibenarkan.

Jelas beliau, Jabatan Perhutanan Terengganu juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di semua kawasan terbabit bagi mengelak berlakunya sebarang pencerobohan sepanjang musim tengkujuh kelak. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Sponsored Post

g-man

Super Active Member
gem
Messages
9,810
Joined
Jan 16, 2011
Messages
9,810
Reaction score
1,648
Points
151
Takut banjir ye?
 

azham

Super Active Member
gem
Messages
9,367
Joined
Dec 20, 2012
Messages
9,367
Reaction score
3,049
Points
216
Awards
1
Apa maksud Lata ye?
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,371
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,371
Reaction score
2,557
Points
251
Awards
1
Penutupan selama empat bulan berikutan monsun Timur Laut itu demi menjaga keselamatan pengunjung.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,371
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,371
Reaction score
2,557
Points
251
Awards
1
Apa maksud Lata ye?

Air terjun rasanya

Definisi : riam atau jeram yg tegak, air terjun (yg rendah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 

azham

Super Active Member
gem
Messages
9,367
Joined
Dec 20, 2012
Messages
9,367
Reaction score
3,049
Points
216
Awards
1
Air terjun rasanya

Definisi : riam atau jeram yg tegak, air terjun (yg rendah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Pada saya semuanya ialah Air Terjun. Saya tak dapat bezakan air terjun dan lata.😝
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,371
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,371
Reaction score
2,557
Points
251
Awards
1
Pada saya semuanya ialah Air Terjun. Saya tak dapat bezakan air terjun dan lata.😝

Saya google Lata Mangeshkar yg keluar
lol
Guna Lata sebab nak ada bunyi seni sikit
he3
 
Sponsored Post

Top
Log in Register