BTC USD 24,753.2 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Talkin Untuk Bahasa Melayu? Releven atau Tidak?

haQ

Active+ Member
Messages
3,237
Joined
Jan 28, 2006
Messages
3,237
Reaction score
56
Points
35
Bahasa Melayu sedang nazak. Kanser yang menyerang jisimnya sudah sampai ke tahap empat, tahap dimana sudah tiada lagi harapan untuk sembuh. Bangsa dan tamadun Melayu di Malaysia pun akan pupus, berkubur seperti tamadun Aztech dan Maya. Yang mungkin tinggal sebagai kenangan hanya dua buah batu nisan - di kepala nisan untuk Bahasa, di kaki nisan untuk bangsa dan yang bersemadi di dalamnya adalah cebisan rangka ketamadunan Melayu itu sendiri.

Sukar untuk dipercaya. Pahit untuk menerima hakikat bahawa bahasa, bangsa dan tamadun yang subur suatu ketika dahulu, bercambah di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka akan pupus. Tapi itulah kenyataannya.

Bahasa tunjang bangsa. Sebatang pohon tidak akan berdiri teguh apatah lagi terus rendang kalau makhluk perosak dibiar berterusan menyerang tunjangnya. Begitulah juga dengan bangsa dan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu hari ini seperti pohon yang hidup segan mati tak mahu. Cendekiawan Melayu (yang telah banyak terpesong) lebih berminat memperjuangkan kedaulatan bahasa dengan menentang habis-habisan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Apakah itu caranya?

Salah. Makhluk yang dikategorikan sebagai cendekiawan dan pejuang Bahasa tak ubah seperti doktor yang menyimen kaki kiri sedangkan yang patah kaki kanan.

Seharusnya dan semestinya, idea bernas Tun Dr Mahathir dipupuk demi kebaikan anak bangsa sendiri. Hala tuju Bahasa Melayu tidak akan terpesong kalau pun anak-anak Melayu fasih menungkap terma-terma sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Apakah lidah Melayu akan terseliuh kalau dari kecil dibiasakan menyebut… polar molecule, Hund’s law, natrium hydroxide, pythagoras theorem ? Dan adakah lidah Melayunya akan lebih Melayu kalau diajar menyebut terma-terma yang telah diubah suai ke Bahasa Melayu…molekul berkutub, hukum/peraturan Hund, Natrium Hidroksida, teori Pythagoras??? Kalau jawapan untuk pertanyaan kedua adalah ’ia’, mengapa dan kenapa siang malam kita disajikan dengan ’Bahasa Melayu rojak’ di TV dan Radio!!!

Cerdik pandai seharusnya menumpukan perjuangan agar Bahasa Melayu terus subur bukan sahaja di bidang persuratan tapi juga dalam pertuturan.

Gagahkan diri menegur para menteri, orang kenamaan, ahli politik dan siapa saja yang saban hari merosakkan Bahasa Melayu. Jangan pula lupa menegur media elektronik - alat penyebar makhluk perosak - yang bersekongkol menyiarkan ucapan ’pelacur-pelacur’ bahasa. Dengar dan amatilah bagaimana kejamnya mereka menghancurkan keutuhan Bahasa Melayu.

Bukan sebutan polar molecule, Hund’s law, natrium hydroxide dalam Bahasa Inggeris yang merosakkan Bahasa Melayu. Yang meracun bahasa ibunda sendiri adalah mereka yang diberi kesempatan muncul di kaca TV…

“Actually, I tak begitu setuju, so I buat the best I can and then you taulah apa sudahnya…

Suara you bagus tapi you punya pitching ‘kureng‘ sikit and also eye contact tak bagus…

Rasa masakan sedap but then the beef masih kurang lembut…

Lawak dan pengisian you mantop but ada lagi room untuk improve…”


Setiap saat dan ketika, kita disiksa dengan ungkapan mirip di atas yang di salurkan menerusi ‘alat perosak’ yang sudah menjadi ‘mahaguru’ di ruang tamu - televisyen. Kita diajar bagaimana untuk merendahkan martabat bahasa…dan bangsa!!!

Reality show…antara program yang jelas memper***** kewarasan pencinta bahasa. Pengulas ataupun hakim-hakimnya tidak segan silu mencampur adukan Bahasa Melayu dan Inggeris. Papa kedana sangatkah perbendaharaan kata Bahasa Melayu sehingga ia tidak berupaya berdiri dengan sendirinya. Atau orang Melayu sendiri rasa terhina kalau tidak melontarkan ulasan berselang seli dengan bahasa penjajah. Hakikatnya ramai pengulas dan hakim-hakim itu cuma boleh bertutur sekerat-sekerat sahaja. Kalau diajak berbicara dalam Bahasa Inggeris mereka pun akan ‘merojakkan’ dengan Bahasa Melayu. Akhirnya Melayu rosak Inggeris pun hancur.

Begitu juga dengan drama yang disiarkan di rangkaian TV. Penulis skrip yang punya banyak masa untuk berfikir seharusnya mampu mencari kata-kata bersesuaian yang secara langsung boleh membina kekuatan bahasa. Kalau tidak dicampur adukan dengan Bahasa Inggeris, akan jatuhkah rating ?

Sudah hampir sepuluh episod saya mengikuti siri drama Cinta Indah 2 dengan harapan dapat mengesan ‘pelacuran bahasa’ nya. Namun hampa. Penulis skrip dan pendokong watak mereka bangga dengan penguasaan Bahasa Indonesia. Apakah rating drama mereka jatuh kerana dialognya tidak disulam dengan Bahasa Inggeris. Apakah drama bersiri Spa Q mendapat sambutan hangat di Indonesia kerana dialognya yang mendewa-dewakan bahasa asing?

Di bidang musik, nama-nama kumpulan yang mengguna pakai Bahasa Melayu boleh dikira dengan jari. Gersang, Iklim, Kopratasa, Harmoni (walaupun berasal dari perkataan Inggeris tapi telah di Melayukan) dan Dendang Perindu lemas dikelilingi nama-nama seperti Search, Wings, Bloodshed, Heavy Machines, Night Shadows dan ratusan lagi kumpulan musik yang begitu bangga dengan nama Inggeris walhal majoriti ahlinya kurang atau tidak mahir langsung berbahasa Inggeris.

Dan TV3 pula bangga menampilkan pembaca berita yang tidak tahu membaca dengan loghat yang diterima pakai di negara sendiri. Sudahlah Boeing 747 disebut ’seven four seven’ dan bukan ‘tujuh empat tujuh’, H1N1 disebut ‘H one N one’ dan ‘bukan H satu N satu’, penyampaiannya pula berselang antara baku dengan Bahasa Melayu. Kalau orang Melayu berwajah mirip Melayu tapi tidak mahir menyampaikan berita dengan cara yang diterima pakai di Tanah Melayu, maka spesis Melayu apakah namanya, dari planet manakah datangnya? Atau inikah yang disebut sebagai Bahasa Malaysia? Atau penyampainya syok sendiri?

Mari baca sambungannya di sini: Talkin Untuk Bahasa Melayu

Jika anda rasa bahawa Bahasa Melayu kita akan pupus, apakah langkah yang anda wajar ambil supaya Bahasa Melayu akan terus mekar selama-lamanya?
 
Sponsored Post

haQ

Active+ Member
Messages
3,237
Joined
Jan 28, 2006
Messages
3,237
Reaction score
56
Points
35
sedih kan, bahasa Melayu akan hancur
 

eez99

Active Member
Messages
1,727
Joined
Sep 30, 2008
Messages
1,727
Reaction score
1
Points
25
bgs TT ni perjuangkan bahasa melayu...teruja aku...
 

Jimbotox86

Junior Member
Messages
78
Joined
Jun 29, 2009
Messages
78
Reaction score
0
Points
6
saya menyokong penuh kerana saya juga merupakan seorang bakal guru Bahasa Melayu...dan langkah kerajaan memansuhkan PPSMI secara berperingkat amatlah disambut baik oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Melayu ini heheh
 

biosumber

Active Member
Messages
2,162
Joined
Nov 26, 2007
Messages
2,162
Reaction score
38
Points
30
mase aku diintview untuk jadi cikgu aku bangkang pnp dalm bi untuk m3 dgn sains...

aku cakap kite kene martabatkan bahase melayu.. pasal org jepun xgune pon bhs english tp lebih maju...

result dia aku tak dapat jd cikgu..

hahaha
 
Sponsored Post

Top
Log in Register