- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sebanyak 242 saman dikeluarkan terhadap pengguna kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang dalam Ops Ambang Tahun Baru yang dilancarkan serentak di seluruh negara malam tadi.
Kesemua saman dikeluarkan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kerajaan mewajibkan semua penumpang kenderaan persendirian memakai tali pinggang belakang bermula hari ini.
Operasi di 28 lokasi di seluruh negara itu membabitkan 500 anggota dan pegawai JPJ bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi ini.
Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, negeri Johor mencatat jumlah saman tertinggi iaitu 95 kes bagi kesalahan tersebut.
Menurutnya, Pulau Pinang pula mencatat jumlah saman paling rendah berbanding negeri lain iaitu enam kes.
"Jumlah saman yang dikeluarkan itu menunjukkan masih terdapat pemandu dan penumpang tidak mematuhi peraturan memakai tali pinggang belakang yang telah dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu dalam sidang akhbar di Plaza Tol Jalan Duta di sini tengah malam tadi, Salim berkata, selain tumpuan terhadap pemakaian tali pinggang belakang, operasi itu juga bertujuan mengesan kenderaan yang menggunakan lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon.
"Dalam Ops Ambang Tahun Baru ini, sebanyak 181 saman dikeluarkan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu xenon sejak ia dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Disember lalu.
"Daripada jumlah itu, 72 saman dikeluarkan dalam tempoh empat jam operasi dijalankan semalam," katanya.
Selain itu, kata beliau, 550 saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu, 182 saman tidak memiliki cukai jalan dan 59 kenderaan disita bagi pelbagai kesalahan.
Salim menambah, JPJ turut memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang mengubah suai enjin atau cermin gelap sebelum dikenakan tindakan.
Sepanjang tahun lalu, katanya, sebanyak 896 saman dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan.
bagus punya plan polis buat operasi malam new year