Md Hanif
Active+ Member
- Messages
- 4,666
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 4,666
- Reaction score
- 219
- Points
- 38
Kredit : Talentbank
Peneraju utama dalam bidang kebolehpasaran siswazah di Malaysia, Talentbank, mengumumkan senarai yang dinanti-nantikan iaitu Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025, menampilkan lulusan universiti yang paling mendapat permintaan tinggi majikan di seluruh negara.
Majlis pelancaran pengumuman itu diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini, dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Berbeza dengan penarafan akademik tradisional, senarai pilihan majikan itu ditentukan sepenuhnya oleh data pengambilan pekerja sebenar yang diperoleh daripada syarikat utama di Malaysia.
Antaranya, termasuk Maybank, CelcomDigi, CIMB, Nestle, Hartalega, PwC Malaysia, PETRONAS, Public Bank, Sunway, Standard Chartered Bank, BDO, DKSH Malaysia, AIA Berhad, Telekom Malaysia, Generali Insurance Malaysia, Western Digital dan lain-lain.
Maklumat berkenaan diperoleh daripada Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank, menggunakan metodologi tiga peringkat iaitu mengenal pasti universiti yang menjadi sasaran majikan, mengukur jumlah pengambilan dan mengenal pasti pengambilan semula berdasarkan prestasi lulusan.
" Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank dapat membantu lepasan sekolah memilih universiti terkenal menghasilkan siswazah yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Ini dapat meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian," menurut kenyataan Talentbank.
Antara universiti awam yang menjadi pilihan utama majikan, termasuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majikan turut memilih institusi swasta seperti Heriot-Watt University Malaysia, Asia Pacific University of Technology & Innovation, IMU University, dan Universiti Teknologi Petronas, menghasilkan siswazah yang memenuhi keperluan industri.
Universiti-universiti ini secara konsisten diiktiraf kerana melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk cemerlang dalam pelbagai sektor.
Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025
Talentbank, senarai, universiti, majikan, kebolehp
