Takut hantu atau takut Allah? Jangan sampai syirik

CG Sponsors




AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
Assalamualaikum,

Mutakhir ini kita dapat lihat bahawa banyak filem2, drama2, program2 tv, tulisan2 dalam akhbar, buku/novel, blog, forum yang menghidangkan kisah2 seram/tahyul/misteri yang dikaitkan dengan hantu/syaitan/iblis/jin. Hal ini diperbesar2kan, dihebohkan seolah2 dilihat bahawa hantu/syaitan/iblis/jin amat ditakuti/digeruni atau amat berkuasa. Hal ini boleh membawa kepada khurafat dan syirik. Ingatlah dosa syirik ini amat besar.

Marilah kita sama2 merujuk kepada tulisan ustaz Nor Amin mengenai perkara ini :

Takut hantu atau takut Allah?

Salam kepada semua pengunjung blog Ustaz Nor Amin. Tergerak hati untuk buat satu artikel berkaitan dengan cerita-cerita tahyul kurafat dalam TV. Sekarang ini filem dan drama dalam TV Malaysia ini cukup laris dengan filem-filem hantu. Kadang-kadang saya tengok rasa malu pulak dekat diri sendiri, bukan Islam dan orang luar, sebab industri filem Malaysia hanya mampu menyediakan filem-filem hantu sahaja. Jika dipandang positifnya betul juga memang ada makhluk halus dan ubat yang paling mustajab adalah ayat Al-Quran. Tapi yang tak bestnya cara filem menggambarkan terlalu over dan tak boleh masuk akal. Contohnya filem jongkak, ketika mana M Rajoli mengubati pesakit yang dirasuk oleh nenek jongkak sampai terpancar kalimah Allah dan terbelah bumi sehingga ditenggelamkan hantu itu di dalam bumi ini. Saya nak Tanya betul ke dilapangan jadi camtu?

Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu. Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu. Saya tegaskan di sini, sebenarnya tidak ada hantu dalam dunia ini, kemungkinan yang menjelma itu adalah roh manusia yang tidak diterima oleh langit kerana mereka banyak hutang dan amalan tidak baik dan sebagainya. Sebenarnya yang dinamakan hantu itu adalah roh yang tidak diterima, jin, iblis dan syaitan yang menjelema sebagai makhluk yang paling huduh dan menakutkan sehingga ramai manusia mengatakan hantu menurut pendapat saya.

Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya “mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan azab api neraka”.

Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah, maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat. Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya kepada Allah.

Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)

Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha. Boleh menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk melariskan filemnya.

Sumber : http://www.ustaznoramin.com/2010/02/takut-hantu-atau-takut-allah.html
 
Sponsored Post

pedagang cyber

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,961
Reaction score
19
Points
25
ada org bertanya saya, kita ni takut ke hantu ke takut allah,saya jawab takut allah,ok cuba bagi buktikannya..terdiam saya tanpa kata-kata..dia kata lagi takut hantu meremang bulu roma tapi bila buat dosa tak ada pula meremang bulu roma, jadi adakah kita betul2 takukan allah,atau sekadar ucapan saja.jadi renung-renungkan lah.
 

AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
ada org bertanya saya, kita ni takut ke hantu ke takut allah,saya jawab takut allah,ok cuba bagi buktikannya..terdiam saya tanpa kata-kata..dia kata lagi takut hantu meremang bulu roma tapi bila buat dosa tak ada pula meremang bulu roma, jadi adakah kita betul2 takukan allah,atau sekadar ucapan saja.jadi renung-renungkan lah.
Betul sekali ... inilah yang kebanyakan nya berlaku sekarang ... adakah kita .. apabila disebut nama Allah .. hati kita berasa takut? gentar? gerun? .. ... jika tidak ... kita sedang menghadapi masalah ... banyak2lah mengingati mati, hari akhirat, siksa kubur, neraka dan berdoa kepada Allah agar diwujudkan rasa gerun apabila disebut namaNya di hadapan kita... mungkin akibat daripada dimomok2kan sejak kecil ...kita merasa meremang bulu roma apabila hal2 berkaitan hantu ini dikhabarkan kepada kita... apabila berhadapan dengan situasi ini..hendaklah kita cepat2 memberitahu diri kita bahawa Allah Maha Berkuasa dan kepadaNya sahaja harus kita takuti .. Alhamdulillah beberapa pengalaman terjumpa dengan hantu/syaitan ini, dapat juga mengawal perasaan yang tak sepatutnya wujud di hati kita ini.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,583
Reaction score
1,899
Points
201
Ubah cara takut tu Supaya jd lebih berani

 
Sponsored Post
Top
Log in Register