BTC USD 27,699.5 Gold USD 1,977.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takut Ebola, lelaki pakai sut pelindung satu badan ketika di lapangan terbang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
hazmat%201.ashx


LAPANGAN Terbang Antarabangsa Dulles, Washington digemparkan oleh kehadiran seorang penumpang yang memakai sut pelindung kerana takut dengan penularan wabak Ebola.

Penumpang berkenaan memakai sut perlindungan kerana panik dan tidak mahu mengambil risiko dijangkiti wabak yang semakin mengganas itu.

Seorang lelaki memuat naik gambar penumpang berkenaan di akaun Twitternya dengan keterangan: "Gambar penumpang memakai sut Hazmat (Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya) ketika menunggu penerbangan di Dulles."

Perangkaan rasmi mengenai Ebola menunjukkan seramai 4,447 orang maut akibat penyakit itu.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan lain apabila 18,000 orang di seluruh dunia mungkin dijangkiti wabak itu dan bilangannya akan meningkat setiap hari.

Minggu lalu, seorang penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas menjerit "Saya ada Ebola!" ketika penerbangan.

Penularan wabak Ebola yang paling mengganas di Afrikat Barat pada Julai lalu, menjangkiti lebih 1,000 orang dan mengorbankan hampir 700 orang. - mirror.co.uk
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register