BTC USD 97,513.5 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taktik warga asing pilih penempatan berhampiran hospital Ampang

Sponsored Post

Taktik warga asing pilih penempatan berhampiran hospital

Nurayuni Johari2 December 2024
Tinjauan-Taman-Pandan-Mewah-8
Suasana kehidupan harian komuniti pelarian Rohingya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pandan Mewah, Ampang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 NOVEMBER 2024.
AMPANG ā€“ Warga asing dipercayai mencari lokasi penempatan yang berhampiran dengan hospital bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan secara percuma.

Inilah yang berlaku dalam situasi lambakan di Flat Pandan Mewah yang terletak di belakang Hospital Ampang.

Pengerusi Anak Muda Pandan, Mohd Ifwat Hamirudin mendakwa, pihaknya dimaklumkan Hospital Ampang kini berdepan dengan hutang tertunggak warga asing.

Beliau menambah, keadaan ini berlaku kerana pihak hospital tidak boleh menolak untuk memberikan rawatan kepada warga asing yang datang atas faktor menyelamatkan nyawa.

ā€œKebanyakan mereka datang tidak memiliki dokumen, ada yang miliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) tapi jika berterusan ia memberi kesan buruk kepada negara,ā€ katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata, lambakan warga asing di kawasan ini memang kurang disenangi penduduk tempatan atas sebab keselamatan dan kebersihan.

ā€œApa yang kita lihat di sini kawasan padang berdekatan blok A7 ini akan dibanjiri warga asing yang tinggal di blok berdekatan dan kawasan industri 6/4, Pandan Mewah.

ā€œKalau rumput (atas padang) itu memang tidak akan nampaklah jika mereka berkumpul, ini yang merisaukan kami bahkan mereka juga yang berlambak mendapatkan perkhidmatan dekat Hospital Ampang,ā€ ujarnya.

Tinjauan-Taman-Pandan-Mewah-18
Pengerusi Anak Muda Flat Panda Mewah, Mohd Ifwat Amir Hamirudin bercakap pada media berkenaan kebanjiran warga Rohingya, Bangladesh, Myanmar, dan Indonesia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pandan Mewah, Ampang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 NOVEMBER 2024.

Mohd Ifwat berkata, sebagai manusia memang rakyat negara ini perlu memiliki sifat kemanusiaan yang tinggi tetapi jika mereka ini ā€˜sudah diberi betis hendak pehaā€™ maka kerajaan perlu melihat isu ini dengan serius.

Menurutnya, isu utama ialah tindakan pemilik rumah yang menyewakan kediaman mereka kepada warga asing perlu dilihat secara serius.

ā€œPerkara ini kalau tidak ditangani maka akan mengakibatkan satupsatu kawasan menjadi longgokan warga asing terutama di penempatan kos rendah.ā€“ MalaysiaGazette
Ampang banyak indon siap ada IC biru kalau dah duduk lama kat sini.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register