Taktik peraih besi buruk tipu timbang supaya jadi ringan

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,416
Reaction score
20,857
Points
1,661


Alat penimbang yang telah diubahsuai dengan meletakkan spring besi di bahagian bawah supaya berat yang ditimbang lebih ringan.

KUALA TERENGGANU - Berang ditipu hampir empat kali, seorang lelaki nekad merakam dan menularkan video lelaki warga Rohingya yang ‘kantoi’ menipu dengan mengubahsuai alat penimbang ketika menjalankan urus niaga besi buruk di Kampung Jeram, Manir, di sini.

Mangsa, Mohd Asri Said, 42, berkata, sebelum merakam video itu, rakannya telah berdiri di atas alat itu dan mendapati berat badannya tidak sama dengan yang dipaparkan pada alatan itu.

“Berat kawan saya tu 55 kilogram, tapi bila tengok kat penimbang hanya 22 kg sahaja. Dari situ memang dah curiga dan boleh agak peraih besi ni guna taktik kotor.

“Sebab mahu dapatkan bukti, saya dan rakan membuka alat penimban dan mendapati ada spring besi yang diletakkan di bahagian bawah alat penimbang yang menyebabkan berat barang ditimbang lebih ringan berbanding berat asal,” katanya.

Mohd Asri berkata, selepas 'kantoi', dia ada bertanya kepada lelaki itu mengenai alat penimbang itu, namun, katanya, lelaki itu hanya menjawab tidak tahu mengenai pengubahsuaian alatan itu.

Ditanya mengenai tindakannya menularkan video itu, katanya, ia sebagai peringatan kepada yang lain supaya tidak mudah ditipu oleh peniaga seperti itu.

Video berdurasi 3 minit 18 saat yang dimuat naik Mohd Asri di laman sosial facebooknya mula tular hari ini dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya mengecam perbuatan itu.

Sementara itu, Pengarah PPDNKK, Saharuddin Mohd Kia berkata, kes itu akan disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/kantoi-ubahsuai-alat-penimbang-1.781833
 
Sponsored Post

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,643
Reaction score
276
Points
91
mcm spring clutch jaa tuh dia bubuh...
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,036
Reaction score
495
Points
96
tamak sangat. berat 55kg jadi 22 kg.
 

Archangel17

Active Member
Joined
Oct 13, 2016
Messages
1,976
Reaction score
286
Points
41
aritu durian skrg pindah besi buruk.. nati jgan masuk pasar borong plak. pehtu pasaraya
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,649
Reaction score
455
Points
141
tamak sangat. berat 55kg jadi 22 kg.
aku kena jual copper hrtu.... dia ada button blkg lcd penimbang tu...sekali tekan separuh loss... rugi dekat 30-40kg hrtu..

2nd trip aku pegi aku timbang dulu...
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,382
Reaction score
4,210
Points
196
baik guna cara lama penimbang dacing. senang tengok kalau dia menipu
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,689
Reaction score
137
Points
33
Kaum Nabi Syuaib dimusnahkan kerana kesalahan... Besar tak besar dosanya... lu pikir la sendiri wahai penipu2 timbang sekelian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register