BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Taktik khalwat gadis urut

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU - Jika anda mahu 'berseronok' bersama pasangan bukan muhrim, fikirkanlah dua tiga kali.

Ini kerana dikhuatiri pasangan anda sendiri yang membuat laporan kepada jabatan agama sehingga anda 'ditangkap basah'.

Kemungkinan itu dipercayai boleh berlaku jika anda berpasangan dengan 'gadis urut' yang mencari 'pendapatan sampingan' di luar premis urut.

Sumber Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika mendedahkan perkara itu kepada Kosmo! berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu walaupun setakat ini belum menerima laporan kes seumpama itu.

"Puncanya mungkin pasangan kepada gadis urut itu enggan mengahwininya walaupun telah menjalinkan hubungan sulit.

"Punca kedua mungkin gadis urut itu terdesak kerana kesempitan hidup,'' kata beliau.

Menurutnya, lelaki yang lebih berisiko untuk diperangkap oleh pasangannya ialah lelaki yang telah berumah tangga.

"Jadi hindarilah perbuatan maksiat kerana ia jelas memudaratkan diri dan keluarga," katanya ketika dihubungi semalam.
 
Macam menggalakkan khalwat la pula...cuma diminta berhati-hati
 
Jika anda mahu 'berseronok' bersama pasangan bukan muhrim, fikirkanlah dua tiga kali.

klo pk empat kali blh kot..:-?
 
lebih baik seronok berfikir
 
lebih baik seronok berfikir

berfikir memang sesuatu yang seronok ke?
@ berfikir **TUT** adalah sesuatu yang seronok?
erm..., kalau yang kedua 2 dah jd zina minda la plak boss
:p
 
xyah pikir 2 3 kali..
pikir juta2 kali pun kalu nak nak juga..
so baik la cegah drpd pegi tempat2 camtu..:D:D
 
Back
Top
Log in Register