BTC USD 51,194.4 Gold USD 1,783.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takrif Fakir, Miskin - info

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Takrif Fakir, Miskin, Fisabilillah, Ibnu Sabil, Mualaf, Rikab, Gharim Dan Amil Serta Pembahagiannya

TAKRIF FAKIR
'Seseorang yang tidak mempunyai harta dan tiada kuasa berusaha/ bekerja/ menanggung kerana tua atau cacat pada badan untuk mencari nafkah diri dan tanggungan yang bolehmencukupi keperluan hidupnya seharian yang patut pada adat - misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan 5 orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi sekadar kurang daripada separuh (50% ke bawah).

Maka inilah yang ditakrifkan FAKIR dan kiaslah panduan ini seterusnya.

Dan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK FAKIR. '


TAKRIF MISKIN
' Seseorang yang ada memiliki harta benda atau berkuasa berusaha dan bekerja tetapi pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi keperluan hidupnya dan keluarganya yang patut pada adat, misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan lima orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi tidak mencukupi keperluannya 100%,

Maka ia ditakrifkan MISKIN dan kiaslah panduan ini seterusnya.

Dan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK MISKIN. '

DALIL :
Tersebut dalam kitab fiqh:

'Tiada dinamakan miskin orang yang ada yang memberi nafkahkan dia seperti ibubapanya atau neneknya atau anak dan cucunya atau suaminya kerana kaya ia dengan nafkah itu, maka tiada harus mengambil zakat daripada bahagian Fakir/Miskin. '

PEMBAHAGIAN FAKIR DAN MISKIN
MERUJUK KEPADA KELUARGA ATAU INDIVlDU

' Sebuah keluarga yang menanggung beberapa orang keluarga yang tergolong dalam bahagian Fakir atau Miskin seperti yang tersebut dalam takrifnya yang dahulu, maka seorang sahaja dari ketua keluarga' atau bapa atau isteri yang berhak menerima bahagian tersebut. '

TAKRIF FISABILILLAH
'Seseorang yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti untuk menegak dan mempertahankan Agama Islam serta kebajikan.'

DALIL :
Daripada Tafsir Fahrul Razi No. 463 juzuk 4 dan tafsir Ruhul Maani No. 110 Juzuk 10 dan tafsir Khazin No. 304, Juzuk 2 ibarat Fahrul Razi. :

' Dan Ketahui olehmu bahawasanya zahir daripada lafaz itu tidaklah memastikan tertentu atas ahli peperangan sahaja maka dengan makna ini telah mencatit oleh Imam Quffal di dalam tafsirnya daripada setengah Fuqaha bahawasanya mereka mengharuskan zakat-zakat itu kepada semua jalan kebajikan seperti membalut orang mati dan membina kubu-kubu dan membanyakkan masjid-masjid kerana Firman Allah Taala itu am pada semuanya, ibarat Ruhul Maani :

' Dan telah mentafsirkan akan dia di dalam dengan sekelian kebajikan maka masukkan di dalamnya tiap-tiap mereka yang berusaha pada taatkan Allah Taala dan jalan kebajikan.

Dan juga tersebut dalam Fathul Bari pula (242) jilid ketiga :

Daripada Nafi' bahawasanya Ibnu Umar adalah ia mengirimkan zakat fitrah kepada orang yang menghimpunkan dia sebelum dua atau tiga hari dari hari raya, dan juga menunjukkan atas demikian daripada Abi Hurairah berkata Rasulullah S.A.W. mewakilkan aku pada menyimpan zakat Ramadhan (zakat fitrah). '

BAHAGIAN FISABILILLAH
' Mesyuarat bersetuju bahagian ini (Fisabilillah) hendaklah diserahkan ke pihak Jabatan (Bhg. Baitulmal/Zakat) dan Bahagian Baitulmal/Zakat akan menguruskan pemberian kepada mereka yang berhak menerimanya, tidak sepertimana yang lalu bahagian Fisabilillah ditinggalkan di Masjid atau Surau untuk diberi kepada AJK Masjid Dan Surau sahaja. '

Alasannya :

Kerana ia kurang menepati dalam takrif pembahagian Fisabilillah - dan melalui pengagihan daripada Jabatan ini dapat diperkemaskan.

YANG MENDAPAT DAN ORANG-ORANG
YANG BERHAK MENERIMA BAHAGIAN FISABILIILLAH

1. Bantuan Masjid-masjid, Surau dan Sekolah-sekolah Agama Islam Selangor.
2. Derma siswa kecil bagi pelajar Sekolah Menengah Tinggi Agama Islam Selangor.
3. Bantuan yuran peperiksaan Sekolah Agama Islam Selangor.
4. Hadiah-hadiah galakan.

5. Bantuan Pegawai-pegawai Masjid bukan Kerajaan.
6. Bantuan pakaian pelajar-pelajar miskin.

TAKRIF IBNU SABIL
' Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh Syara' dari mana-mana jua negeri yang memerlukan bantuan walaupun mungkin dia mempunyai harta di dalam negeri tempat kediamannya.'

ORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN IBNU SABIL

1. Pengembara/musafir yang terkandas.
2. Pengembara/musafir yang bertujuan kebajikan dan ketaatan.
3. Tambang pergi balik anak Selangor yang belajar di luar
4. Melawat Sambil belajar.

TAKRIF MUALLAF
'Seseorang yang baru memeluk Agama Islam dan memerlukan bantuan kewangan. '

MASA (TEMPOH) MUALLAF
'Masa/tempoh seseorang Muallaf itu tidak ditentukan ia bergantung kepada kuatnya akidah dan keimanannya, selagi ia masih lemah dalam hal tersebut ia boleh menerima Bahagian Muallaf. '

ORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN MUALLAF
1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan) .
2. Kecemasan/kemalangan dan lain-lain.
3. Berkhatan (lelaki sahaja).
4. Hari raya (Aidilfitri/Haji).
5. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis AkadNikah).
6. Menghadiri Ke las Agama Asas.
7. Sebaran Dakwah/Kursus.
8. penerbitan/Risalah.

9. Bantuan biasiswa kecil anak-anak saudara baru.
10. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).
11. Pengurusan rumah/bangunan Muallaf.

RIKAB
'Setelah dibincangkan mesyuarat Fatwa hari ini bersetuju bahawa asnaf Rikab ini digugurkan (dihapuskan) dalam pengagihan zakat kerana pada masa ini rikab tidak wujud lagi. Oleh itu zakat hanya dibahagi kepada 7 asnaf sahaja, berdasarkan kepada dalil di bawah ini :

' (Kata) Ibnus Silah, bahawasanya bagi mustahak yang maujud sekarang ini empat bagi jua (pertama) Fakir, (kedua) Miskin, (Ketiga) Orang Yang Berhutang, (keempat) Ibnusabil, dan jika tiada Maujud seorang jua pun daripada sekalian mustahak itu hendaklah dipeliharakan zakat itu hingga ada sekalian mereka itu atau setengah mereka itu dan apabila membahagi Imam atau Amilnya akan zakat wajiblah atasnya memberikan zakat bagi tiap-tiap seorang yang di dalam satu bagi daripada sekalian bagi yang maujud. '

TAKRIF GHARIM
' Orang yang menanggung hutang kerana masalah agama dan tidak mampu membayarnya '.

TAKRIF AMIL
' Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh DYMM Sultan atau Naibnya ( Pengarah JAIS ) untuk penyelenggaraan hal-hal zakat '.
Telah tersebut juga dalam kitab Majmuk;

Ertinya: Wajib atas Imam atau penggantinya melantik pekerja-pekerja (amil) bagi memungut zakat '

YANG MENDAPAT BAHAGIAN AMIL

' Orang yang di lant ik dan bekerja dalam pengurusan zakat tidak bergaji atau bergaji tetapi bukan sebagai tugasnya '.

YANG TIDAK MENDAPAT BAHAGIAN AMIL

'Orang yang dilantik dan mendapat ganjaran atau bergaji daripada Kerajaan yang ia menanggung sebagai tugas dalam hal pengurusan zakat.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,934
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,934
Reaction score
22,065
Points
1,671
garis kemiskinan skrg income bawah rm3000..miskinkah aku ni?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register