akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Tak sempat seludup 200 kotak minyak masak
A view of the sea
Dua lelaki ditahan bersama lori muatan minyak masak disyaki cuba diseludup ke negara jiran. FOTO Ihsan PPM
Lahad Datu: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki bersama 200 kotak minyak masak yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran, semalam.
Kedua-dua suspek berusia 28 hingga 31 tahun ditahan PPM Lahad Datu ketika menjalankan pemantauan di Jalan Bakapit, Tungku, di sini, kira-kira jam 11 pagi.
Pegawai Pemerintah PPM Lahad Datu, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, ketika membuat pemantauan di lokasi berkenaan, sebuah lori jenis Isuzu dalam keadaan mencurigakan.
"Ketika menghampiri, lori berkenaan berpatah balik di Simpang Bagahak. Seterusnya menahan lori berkenaan di tepi jalan Bakapit, Tungku.
"Hasil pemeriksaan ke atas lori itu didapati bahagian penyimpanan barang belakang lori berkenaan yang ditutup dengan kanvas menemukan 200 kotak minyak masak," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pemandu dan kelindan lori berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan pemilikan barang-barang bersubsidi berkenaan.
Katanya, aset dan minyak masak berkenaan dirampas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Semua barang berkenaan disyaki cuba diseludup ke negara jiran. Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM62,700.
"Seterusnya tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: August 25, 2024 @ 1:12pm