BTC USD 23,633.3 Gold USD 1,870.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak Sempat Sambut Hari Lahir, Bapa 2 Anak Maut Leher Tertusuk Besi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
06.12.2022 - Global, Seorang penumpang lelaki berusia 32 tahun maut selepas sebatang besi sepanjang 1.5 meter dan setebal hampir 4 sentimeter tertusuk lehernya di Delhi, India. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas tingkap kereta api berkenaan pecah akibat pelanggaran dengan batang besi tersebut sebelum ia tertusuk ke leher mangsa. Menurut seorang pegawai bertugas, kereta api itu bergerak dengan kelajuan sekitar 130 km sejam dari stesen Danwar, Bulandshahr ke Somna, Aligarh. Kes tersebut masih dalam siasatan dan jurucakap pihak stesen kereta api, Himanshu Shektar mengesahkan seorang lelaki maut ketika dalam tren tersebut selepas batang besi berkenaan menembusi lehernya.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pasukan perlindungan kereta api (RPF) dan pihak keselamatan kereta api kerajaan (GRP)," katanya.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Keselamatan (RPF), Surendra Pratap Singh berkata, mayat penumpang telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

"Kes itu telah didaftarkan di bawah seksyen IPC 304-A kerana kematian berpunca akibat kecuaian dan hasil siasatan mendapati, kerja penyelenggaraan landasan dijalankan ketika kejadian," ujarnya.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama isteri dan dua anak perempuannya di pinggir bandar Soniya Vihar, Delhi selama lebih lapan tahun. Kakak mangsa, Babita Tripathi berkata, kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum hari kelahirannya.

"Dia merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan kami telah merancang untuk meraikan hari kelahirannya yang bakal tiba namun kami kehilangannya buat selama-lamanya kerana kecuaian pihak stesen kereta api," katanya.

 
Top
Log in Register