BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak sempat kebas tabung derma

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Cham Pi (kanan) melihat tabung derma yang tidak sempat dilarikan lelaki terbabit.

BALING - Seorang lelaki tidak sempat melarikan tabung derma di Wat Palelai, Baling setelah tindakannya itu disedari oleh beberapa pekerja yang sedang melakukan kerja baik pulih bangunan di wat itu, petang kelmarin.

Difahamkan, lelaki itu masuk ke kawasan wat pada jam 12 tengah hari untuk berehat sebelum bertindak melarikan tabung derma di dalam wat tersebut kira-kira jam 2 petang.

Ahli Jawatankuasa Wat Palelai, Cham Pi, 71, berkata, penduduk sekitar menyedari kehadiran lelaki terbabit, tetapi tidak menyangka tujuannya adalah untuk mencuri.

Menurutnya, lelaki berkenaan memasuki pintu belakang wat seterusnya melarikan tabung derma yang berada di dalam wat tersebut.

“Lelaki tersebut meletakkan kenderaannya di hadapan pintu pagar wat untuk memudahkannya melarikan tabung derma itu.

“Ketika dia ingin memasukkan tabung itu ke dalam keretanya, beberapa pekerja telah menyedari seterusnya bertindak menjerit ke arah lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai panik sehingga melarikan diri tanpa sempat memasukkan tabung itu ke dalam keretanya.

Katanya, dianggarkan terdapat lebih daripada RM500 wang tunai dalam tabung itu hasil sumbangan derma oleh orang ramai.

Sehubungan itu, Persatuan Prihatin dan Keselamatan Sukarela (PPKS) Baling melancarkan gerakan mencari suspek, namun, suspek berjaya melarikan diri.

Lelaki terbabit menaiki kereta jenis Honda Civic warna putih dan dipercayai telah berada di kawasan Baling sejak beberapa hari lalu, serta sering menjadikan wat Siam sebagai sasarannya.

Menurut maklumat, lelaki itu bertindak melarikan diri di kawasan Jeniang malah turut melarikan tabung derma di sebuah wat di kawasan itu pada jam 8 pagi semalam.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/tak-sempat-kebas-tabung-derma-1.161089
 
rileks jer dia masuk curi walaupin ada org dok perati dia..
 
adehhh....tabung derma pon nak tibai gak....
donia2....pakai kete dah laa mahal...jual jer laa kete tue...
 
org terdesak je sanggup curi tabung masjid ni..
 
Beso tu tabung tu nk angkot sensorang..mmg dasar pale ltak kat lutut..x tau halal haram da..
 
Back
Top
Log in Register