BTC USD 42,993.8 Gold USD 1,750.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak Sempat Ke Hospital, Wanita Lahirkan Bayi Di Balai Bomba

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
25.07.2021 - Shah Alam, Seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuannya dalam kereta di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Seksyen U8 dekat sini, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian pada jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu difahamkan dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya.

"Pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Puncak Alam ke Hospital Shah Alam. Bagaimanapun, wanita itu merasa sakit dan air ketubannya sudah pecah lalu mereka memasuki perkarangan BBP Kota Anggerik untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, wanita itu kemudian selamat melahirkan bayi perempuan dengan bantuan pegawai bomba, Norsyuhadah Ahmad. Katanya, bayi itu kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, insiden berkenaan dikongsi di Facebook Bomba Channel yang mana tindakan anggota bomba yang sedia membantu itu mendapat pujian masyarakat.​

1627184417411.png
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,251
Reaction score
2,437
Points
201
Terbaik la abam bomba
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Sib baik dia sebut nama akak bomba. Yg dlm gmbr dia kot. Dh mcm abg2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register