Tak sekolah kerana bapa

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Akibat sikap tidak bertanggungjawab bapa, dua beradik yang berusia 16 dan 15 tahun terpaksa menanggung beban kerana tidak mempunyai dokumen peribadi sejak dilahirkan.

Siti Aishah Rahim dan adiknya, Siti Nadia dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri kerana bapa mereka enggan bertanggungjawab menguruskan pendaftaran mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ibu saudara mereka, Salmah Sidek, 55, berkata bapa remaja itu yang berasal dari Negeri Sembilan pernah berkahwin dengan adiknya, Rabayah Sidek, namun berpisah selama 13 tahun.

“Selepas berpisah dengan adik saya, Rahim dipercayai berkahwin lain dan memiliki dua anak perempuan. Tidak lama kemudian isterinya meninggal dunia dan anak mereka diserahkan kepada kakaknya di Kelantan,” katanya.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, Rahim berkahwin semula dengan Rabayah dan mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran Siti Aishah dan Siti Nadia.

“Kami tidak tahu langsung Rahim mempunyai anak, namun atas rasa simpati, saya mengambil mereka tinggal bersama, tetapi kecewa kerana dimaklumkan mereka tidak mempunyai surat beranak atau kad pengenalan,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, semalam.

Salmah berkata, berikutan itu kedua-dua gadis berkenaan tidak dapat bersekolah seperti remaja lain dan hanya tinggal di rumah.

Menurutnya, sudah pelbagai cara dilakukan untuk menyelesaikan urusan membuat kad pengenalan dua beradik itu, namun masalah timbul apabila pihak berkenaan meminta bapa mereka menguruskan hal terbabit.

“Kami sudah membuat laporan polis, namun tidak boleh mendakwa atau menangkap bapa mereka kerana dia tidak membuat apa-apa kesalahan.

“Kami juga sudah ke JPN dan mengisi borang permohonan tetapi, tidak boleh diselesaikan tanpa tandatangan bapa mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang mengecewakan pihak berkenaan meminta mereka mencari bapa dua beradik itu untuk mendapatkan dokumen sedangkan bapa mereka enggan berbuat demikian.

“Saya sudah menghubungi bapa mereka dan memintanya menurunkan tandatangan tetapi dia tidak mahu, malah mengatakan bahawa kami perlu membayar jika mahu dia menurunkan tandatangan,” katanya.
 
Sponsored Post

monohaihyip

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,316
Reaction score
13
Points
25
Mungkin Bapa diani kaki judi / ekor apa yg dia ingat duit je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register