BTC USD 34,127.6 Gold USD 1,782.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak salah unsur Melayu-Islam lebih ditonjolkan dalam buku teks sejarah

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,839
Reaction score
2,447
Points
201

Tak salah unsur Melayu-Islam lebih ditonjolkan dalam buku teks sejarah, kata sejarawan​

Nora MahparApril 15, 2021 7:00 AM
buku-teks-bernama-130119-1.jpg
Sejarah adalah fakta yang perlu disampaikan secara telus dan jelas, kata ahli sejarah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli sejarah berpendapat tidak salah jika unsur Melayu dan Islam lebih ditonjolkan berbanding etnik atau kaum lain dalam buku teks sejarah negara kerana pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara Melayu-Islam yang sudah diperakui semua pihak.

Teo-Kok-Seong11.jpg
Teo Kok Seong
Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata semua pihak juga sudah mempersetujui secara bersama dalam kontrak sosial dahulu bahawa simbol Melayu dan proses sosio-budaya Melayu adalah identiti negara.

“Jika etnik lain dikatakan tenggelam dan peratusan Melayu lebih sedikit (dalam laporan sejarah) tidak mengapa kerana kita perlu faham bahawa penduduk dominan negara ini adalah Melayu dan rata-ratanya adalah Islam,” katanya kepada FMT.

Sejarawan Ranjit Singh Malhi dalam kenyataan baru-baru ini berkata, buku teks yang digunakan di sekolah menengah adalah berpusatkan Melayu dan Islam. Selain itu, ia turut menghilangkan fakta-fakta penting berkaitan dengan pembinaan negara sambil menyimpang fakta dan bersifat keterlaluan.

ranjit-singh-malhi.jpg
Ranjit Singh Malhi
Beliau menjelaskan kebanyakan penulis buku teks itu adalah orang Melayu, dan bermakna para pelajar mempelajari dunia dan sejarah Malaysia dari perspektif etnik tertentu semata-mata.

Katanya, setiap buku sejarah berkenaan mempunyai kurang dari 10 halaman mengenai peradaban India dan Cina dan lebih daripada 20 halaman mengenai peradaban Islam.

Dalam pada itu, Teo berkata, penemuan yang dibangkitkan oleh Ranjit itu adalah perkara biasa yang turut berlaku di negara luar.

“Di mana-mana negara pun apabila sesuatu sejarah itu ditulis, akan ada pihak tidak puas hati dengan cara peristiwa itu ditulis. Masalah dan persoalan ini akan dikaji oleh pakar dalam bidang mengkaji dan menilai sejarah yang sudah ditulis,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini tiada rungutan daripada ibu bapa secara rasmi bahawa sejarah negara diputar-belitkan seperti yang dinyatakan dalam penemuan Ranjit.

“Tidak ada rungutan daripada masyarakat melalui ahli politik atau NGO tertentu. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan penemuan oleh ahli sejarah kita ini (Ranjit),” katanya, dan menambah dakwaan yang dibangkitkan oleh Ranjit itu tidak boleh ditolak oleh Kementerian Pendidikan malah perlu diperhalusi dan diambil tindakan segera jika ia benar.

wan-ramli-wan-daud-ms-150421.jpg
Wan Ramli Wan Daud
Bagaimanapun, Wan Ramli Wan Daud dari UKM mendakwa kenyataan Ranjit bahawa buku teks itu gagal menunjukkan kesan peradaban Hindu-Buddha terhadap budaya, bahasa, dan kesusasteraan Melayu ada benarnya.

“Zaman tamadun Melayu Hindu-Buddha ini menjangkau sekurang-kurangnya 1,200 tahun sebelum orang Melayu memeluk agama Islam. Zaman tamadun Melayu-Islam hanya kira-Kira 800 tahun sahaja,” katanya.

Beliau menegaskan sejarah itu adalah fakta yang perlu disampaikan secara telus dan jelas.

“Sejarah ialah peristiwa lepas, tidak dapat ditukar ganti – kita perlu menyatakan yang benar kepada generasi akan datang,” katanya
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,839
Reaction score
2,447
Points
201
Keadaan semakin meruncing
Kali ni singh plak mempersoalkan sejarah melayu-islam

kasi sengattttt lg genggg 😝
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register