BTC USD 55,124.6 Gold USD 2,499.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak puas hati punya pasal, lori terlanggar kereta parkir di bahu jalan

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,148
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,148
Reaction score
971
Points
121

Tak puas hati punya pasal, lori terlanggar kereta parkir di bahu jalan​

Nurul Hidayah Bahaudin - Ogos 10, 2024 @ 4:14pm
[email protected]


Kereta Toyota Supra yang dilanggar selepas sebuah lori hilang kawalan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam. - Foto ihsan Polis.
Kereta Toyota Supra yang dilanggar selepas sebuah lori hilang kawalan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam. - Foto ihsan Polis.

KUALA LUMPUR: Adegan lori mengejar sebuah kereta akibat tidak puas hati berakhir dengan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan lain di Jalan Pudu, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata pihaknya mengesan beberapa video berhubung kejadian itu yang tular di media sosial, semalam.

Katanya, semakan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku jam 4.57 petang, semalam, membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori, kereta Honda Covic dan kereta Toyota Supra.

"Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Supra diparkir di bahu jalan.

"Lori itu kemudian mengundur lalu melanggar kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang berada di belakang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebelum kemalangan itu, pemandu lori terbabit dikatakan tidak berpuas hati terhadap pemandu kereta Honda Civic yang keluar simpang secara mengejut dan membuat provokasi.

"Tindakan pemandu kereta Honda City itu menyebabkan pemandu lori berkenaan marah dan cuba mengejar kenderaan terbabit sebelum melanggar kereta Toyota Supra yang diparkir di bahu jalan.

"Kedua-dua pemandu terbabit ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Menurutnya, kertas siasatan berhubung kejadian itu yang sudah lengkap berhubung akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 
Sponsored Post

Parking kat lline kuning
Ada chance insurance lorry takkan cover sebab salah owner supra
Kena claim indurance sendiri
Kalau drive supra, biasanya takde hal la kalau insurance tak cover.
Tapi tulah, kalau melaram kereta sewa, masak jugak
:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register