Tak pernah beli keli dari luar

Recommended Brokers


balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,955
Reaction score
294
Points
136


Razidi menunjukkan ikan keli yang dijual di Sidi Aquafarming cawangan Kampung Gelugor.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Kebanyakan peniaga ikan keli di pasar tani dan pasar borong di daerah ini membeli ikan berkenaan daripada penternak ikan sangkar tempatan terutama pengusaha di Manir.

Peniaga, Che Asari Mat, 49, yang ditemui di Pasar Borong Gong Pauh berkata, sepanjang berniaga selama 20 tahun, dia tidak pernah beli ikan keli daripada pemborong luar malah hanya utamakan pasaran tempatan.

“Biasanya saya ambil daripada pengusaha sini (Terengganu) sahaja, ada dari Banggol Kemang Tiruk dan kawasan Manir. Senang kita tahu kualiti ikan dan sememangnya halal untuk dijual tanpa perlu ragu-ragu.

“Kalau hari cuti seperti hari ini (Jumaat), bekalan akan diambil di banyak tempat tetapi masih mengutamakan pengusaha ikan sangkar tempatan. Kadang-kadang mencecah 100 kilogram untuk bekalan hari ini (semalam),” jelasnya kepada Sinar Harian yang melakukan tinjauan di pasar berkenaan semalam.

Manakala seorang lagi peniaga dari Pasar Chabang Tiga, Saad Ismail, 50, berkata, selepas isu ikan keli diragui halalnya seperti yang pernah dipaparkan sebelum ini, kebanyakan pelanggan yang datang untuk membeli ikan keli akan bertanya sumber ikan berkenaan terlebih dahulu.

“Ramai yang tanya ikan ini (ikan keli) dari mana dan banyak lagi sebelum mereka beli kerana mungkin ada yang tidak biasa membeli di sini, mereka tidak tahu saya memang beli ikan dari sangkar tempatan sahaja.

“Dari segi jualan, tidak terjejas langsung kerana mereka datang beli ikan ini seperti biasa malah hujung minggu saya terpaksa menyediakan bekalan hampir 100 kilogram ikan keli untuk pelanggan,” jelasnya lagi.

Selaku peniaga, Saad turut mengakui agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan kerana dia tidak pernah mendengar situasi berkenaan berlaku di negeri ini.

“Saya pun terkejut dengan isu ikan keli ini, tetapi saya kenal pengusaha yang saya beli, mereka tidak guna makanan ternakan yang tidak elok (haram), lagipun mereka juga Melayu takkan hendak tipu kami,” katanya.


Tolak beli keli murah

Pengusaha pusat pengedaran ikan air tawar menolak sekiranya ditawarkan untuk beli secara borong ikan keli dengan harga yang murah kerana meragui kualiti dan kehalalan ikan itu.

Pengusaha Pusat Pengedaran Ikan Air Tawar, Sidi Aquafarming, Razidi Md Zain, berkata, sebelum ini, dia banyak kali ditawarkan ikan keli dengan harga murah sehingga RM3 sekilogram, tetapi menolaknya kerana lebih selesa menjual ikan hasil ternakan sendiri.

“Sejak berniaga ikan air tawar 20 tahun lalu, saya tidak mengambil ikan keli yang dijual murah kerana tahap mutu dan kualitinya malah 50 peratus rasanya berbeza daripada ikan keli yang diternak dalam sangkar. Saya juga ragui tahap kebersihan ikan itu.

“Sekarang, saya hanya menjual ikan yang diternak di dalam sangkar di Sungai Terengganu. Ada juga yang diambil daripada rakan yang juga menternak ikan keli sangkar. Sangkar ikan saya di Beladau Selat ada sebanyak 10 buah,” katanya.

Razidi berkata, ikan keli yang diternaknya itu diberi makan pelet, baja atau sisa ikan laut yang terpilih bagi memastikan ikan membesar dengan sihat.

“Ikan keli memang mendapat sambutan di negeri ini malah harganya juga murah. Kalau di dua lokasi yang saya usahakan di Kampung Gelugor dan sebuah lagi di dalam pelabuhan Chendering, sebanyak 3,000 kilogram ikan keli dijual dalam sebulan.

“Dalam sehari pula ikan keli yang dijual dalam 80 hingga 100 kilogram. Termasuk yang ditempah sekolah dan asrama sebagai menu wajib dalam seminggu untuk pelajar,” katanya.


Tak jual borong, jaga kualiti

Razidi berkata, biasanya, pelanggan tetap akan menempah terlebih dahulu ikan keli yang ingin dibeli sebelum mengambilnya, bagaimanapun katanya, dia menolak untuk menjual ikan keli secara borong kerana menjaga pelanggan tetapnya.

“Ada yang minta untuk beli secara borong, tetapi kita menolak bagi menjaga pelanggan lain yang memerlukan ikan keli.

“Sambutan terhadap ikan keli belakangan ini memang di luar jangkaan, sangat berbeza berbanding 1995, 1996 ketika mula-mula berniaga ikan keli di negeri ini. Sekarang, kebanyakan kedai makan ada menu ikan keli,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Razidi berkata, harga ikan keli masih seperti biasa dan dijual sekitar RM6 hingga RM7 sekilogram dengan kuantiti lima hingga enam ekor bagi ikan keli besar dan enam hingga tujuh ekor bagi ikan keli bersaiz kecil, bagaimanapun harga ikan itu didapati meningkat beberapa kali ganda jika dibeli di kedai makan.

“Kalau dibeli di kedai makan, harga ikan ini mampu mencecah sehingga RM4 atau RM5 seekor. Harganya makin mahal terutama pada bulan puasa di mana ada antaranya mencecah RM8 seekor bagi ikan keli percik.

“Kita peniaga ikan jual dengan harga yang murah, tetapi sekiranya peniaga kedai makan ambil untung lebih, kita tak boleh kawal sebab itu adalah hak peniaga itu sendiri. Tetapi kalau untung yang diambil tidak berpatutan dengan modal yang dikeluarkan, ia memang memberi tekanan kepada pengguna,” katanya.


Hanya beli ikan segar

Sementara itu seorang penggemar ikan keli, Shahrul Faizal Ngah, 33, berkata sejak dia terbaca kenyataan itu di akhbar, sehingga kini dia belum menjamah ikan keli walaupun ikan berkenaan menjadi antara lauk kegemaran keluarganya.

“Saya ada terbaca pasal ikan keli ini tetapi sejak hari itu, saya tidak pernah beli lagi kerana bimbang juga hendak makan. Lagipun boleh pilih ikan lain untuk dijadikan lauk.

“Tetapi kalau sebelum ini, jika saya beli ikan keli, saya akan tanya dulu sumber dari mana dan saya akan beli ikan segar yang masih hidup, jarang beli di pasar raya,” katanya.

Menurut sumber, kebanyakan ikan keli murah banyak dijual di pasaraya dan peniaga di pasar basah jarang mengambil bekalan dari luar negeri ini apatah lagi dari pantai barat.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati harga ikan keli di kedua-dua pasar berkenaan dijual pada harga RM7 sekilogram.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tak-pernah-beli-keli-dari-luar-1.357933
 
Sponsored Post

pcbase

Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
1,894
Reaction score
26
Points
30
“Tetapi kalau sebelum ini, jika saya beli ikan keli, saya akan tanya dulu sumber dari mana dan saya akan beli ikan segar yang masih hidup, jarang beli di pasar raya,” katanya.
ikan keli memang jual hidup.

tempat aku ikan keli tak laku.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register