BTC USD 68,763.4 Gold USD 2,358.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak perlu terburu-buru perbaharui lesen memandu, kena saman tanggung sendiri

notepad

Legendary Member
gem
Messages
14,938
Joined
Sep 17, 2011
Messages
14,938
Reaction score
1,988
Points
206
Tak perlu terburu-buru perbaharui lesen memandu,

MGF18052020_KP-JPJ-LAWAT-PENGOPERASIAN-KAUNTER-JPJ_15.jpg

Orang ramai hadir bagi membuat urusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 MEI 2020

SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan tidak terburu-buru datang ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang tamat tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, ini kerana sepanjang tempoh PKP, pihaknya tidak melaksanakan penguatkuasaan berkaitan dua lesen itu yang tamat tempoh.

Sebaliknya, orang ramai dibenarkan memandu kenderaan persendirian ataupun kenderaan dagangan di atas jalan raya dengan syarat insurans perlindungan diperbaharui.

“Pengecualian ini adalah menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada sidang media di JPJ Negeri Selangor Padang Jawa, di sini, hari ini.
Terdahulu Shaharuddin membuat lawatan kerja di JPJ Negeri Selangor yang membuka kaunternya untuk semua jenis urus niaga kepada orang ramai, bermula hari ini.

“Kepada pemegang lesen L yang ingin perbaharui lesen L bermula hari ini hingga Jun ini tidak dibenarkan sebab sistem belum dikemaskini. Kita akan kemaskini untuk lesen L pada 1 Jun.
“Siapa yang memiliki lesen L, kita benarkan dia memandu di jalan raya dengan syarat kenderaan yang dibawa hendaklah mempunyai perlindungan insurans,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ hanya akan melakukan penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan selain daripada lesen memandu dan LKM yang tamat tempoh.

“Penguatkuasaan untuk kesalahan lain masih kita fokus contoh kenderaan perdagangan lebih muatan, had laju, tidak pakai tali pinggang, langgar lampu merah, guna telefon semasa memandu, tak pakai helmet, kenderaan guna tayar celup tidak ikut spesifikasi dan sebagainya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 
Last edited:
Sponsored Post

Semlm pun aku dah kn roadblock tp polis tgk aje. Takde kata apa2 pun. Hari ni trafic tu plak buat kepala sendiri. Shah alam punya trafic. Roadblock dpn kilang proton.
Den lalu jugak jam 11 pagi tadi. Ok je. Takda kena tahan pun. Naik motor ke?
 
Den lalu jugak jam 11 pagi tadi. Ok je. Takda kena tahan pun. Naik motor ke?

Yup bro naik moto. Aku nasihatkan pi renew lah. Ssh bro bila kena saman. Besok nak kena pergi balai tgk apa crite. Menyusahkan betul. Tadi aku terus renew lesen. Diorg pun x konsisten dan x seragam. ni aku bagi bukti td kena saman
 

Attachments

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register