BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak payah sampai berlari untuk dapat peruntukan, kata PMX

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,155
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,155
Reaction score
1,642
Points
111
0d6ce542d30b02e7dcd0b8a6f1fd023c.jpg

mk-small-logo-50.png

BERITA
Tak payah sampai berlari untuk dapat peruntukan, kata PM
Zarrah Morden & Ili Aqilah
Diterbitkan: Jul 9, 2024 11:11 AM

Dikemaskini: 12:08 PM



PARLIMEN | Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu usaha meluluskan peruntukan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang tidaklah sesulit yang digambarkan mereka.
Memberitahu Dewan Rakyat yang dia diserang dan didakwa zalim walaupun penjelasan mengenainya sudah dibuat berulang kali, Anwar berkata amalan memberikan peruntukan sekata kepada pihak pembangkang memang menjadi amalan negara demokrasi.

Apa yang berlaku ketika ini, kata ahli parlimen Tambun itu, ialah ia mesti dilakuklan mengikut proses yang ada.
"Saya dah beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Kedua (Fadillah Yusof) untuk mengadakan perbincangan, dan tak ada syarat mesti sokong perdana menteri (sebelum dapat peruntuan).
"Tak ada... tak ada syarat itu. Saya tak pernah kenalkan syarat itu," katanya.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan dikemukakan Awang Hashim (PN-Pendang) yang memberitahu bahawa setiap negara demokrasi menyediakan peruntukan kepada pembangkang melalui proses rundingan.
Anwar menambah apa yang perlu dilakukan oleh pihak pembangkang ialah mengadakan rundingan sewajarnya, dan ia pernah dilakukan oleh PH semasa parti itu menjadi pembangkang sebelum ini.
Kata perdana menteri ketika itu mereka mengadakan siri rundingan dengan Ismail Sabri Yaakob sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Jadi saya menyeru pada YB Pendang (Awang), kalau boleh, sampaikan kepada semua wakil parti dan segerakanlah perbincangan supaya hari ini isu ini tidak jadi lagi isu yang akan memanaskan suhu di dewan ini.
"Tak payah berlari, berjoging, tak payah. Ini (perlu) runding saja, bincang saja - selesai," katanya.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, untuk rekod Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila melakukan larian sejauh kira-kira 200km bagi membangkitkan isu peruntukan buat ahli parlimen pembangkang.
Dia yang kini menjadi ahli parlimen bebas berjaya mengumpul dana - yang disumbangkan oleh orang ramai - bernilai kira-kira RM160,000.
Di akhir larian tersebut, pada 1 Jul lalu Syed Saddiq disambut oleh ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat serta penyokong Muda.
Menanggapi isu tersebut, Fadillah pula enggan mengulas lanjut selain memberikan reaksi sinis apabila ditanya oleh media: “"Tunggu saya berlari dahulu."



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Sponsored Post


Apa itu syarat2 biasa rundingan yg PMX maksudkan?

Mesti sokong semua usul kerajaan?

Jika itu yg disyaratkan, xkan lah susah sgt pembangkang nk comply, demi kestabilan negara. Pembangkang terima saja lah syarat kerajaan, dgn syarat tambahan, "melainkan usul2 yg memberikan keuntungan kpd satu pihak, contohnya usul pertambahan kerusi/persempadanan semula, usul yg melibatkan hal2 sensitif, dll".

Cukup2lah ganggu kestabilan politik, bila negara nk bergerak ke hadapan selagi political chaos x setel.
 
Apa itu syarat2 biasa rundingan yg PMX maksudkan?

Mesti sokong semua usul kerajaan?

Jika itu yg disyaratkan, xkan lah susah sgt pembangkang nk comply, demi kestabilan negara. Pembangkang terima saja lah syarat kerajaan, dgn syarat tambahan, "melainkan usul2 yg memberikan keuntungan kpd satu pihak, contohnya usul pertambahan kerusi/persempadanan semula, usul yg melibatkan hal2 sensitif, dll".

Cukup2lah ganggu kestabilan politik, bila negara nk bergerak ke hadapan selagi political chaos x setel.
si non tu punca semua chaos - chaos is his 1st name - since 1998 🤣
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register