BTC USD 37,946.6 Gold USD 1,798.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak Payah Menangis, Biar Dia Belajar Duduk Dalam Penjara!

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
KUALA LUMPUR 10 Nov. - "Tak payah menangis. Biar dia belajar sikit duduk dalam penjara tu. Kalau duduk luar pun nanti dia akan buat kesalahan lagi," kata Hakim Mohd. Nasir Nordin kepada ibu seorang tertuduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ibu kepada Muhamad Ramzan Saiful Rahman, 19, yang didakwa merompak tiga pekerja warga negara India sebuah restoran di sini dua minggu lalu telah menangis teresak-esak apabila tidak mampu membayar wang ikat jamin anaknya sebanyak RM5,000 kerana dia hanya mempunyai RM500.

Mohd. Ramzan dan seorang rakannya yang berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan, bersama-sama tiga lagi yang masih bebas, merompak. Balasubramaniam, B.Ganesan dan Mohamed Malik, wang tunai RM1,000, wang syiling RM100 dan 45 kotak rokok pelbagai jenis.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Rezeki Jaya, Blok 2, Tingkat Bawah Apartmen Jaya, Desa Tun Razak, Cheras pada 4.30 pagi, 25 Oktober lepas.

Mohd. Nasir menetapkan 17 Disember untuk sebutan semula kes, dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 buat Mohd. Ramzan, dan RM4,000 kepada remaja 16 tahun itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
nasib baik aku tak boh kat MISC
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
tengok , walaupun anak tuh jahat .... mak dia x sanggup tgk dia masuk penjara ...masih x sedar2 lagikah budak tu ? jangan pulak bila keluar nanti , dok sepak terajang mak dia plak.
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
merompak2... ibu bapa tkda duit nak bayar ikat jamin..
tido hotel besi la jawabnya...
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Dah confirm ker diorang yg merompak...?
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
padan muko...rasokan...

time buek tak ingat dunio...

dah kantoi,nak meraung..

tak dapek jep nak tolong..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register