Tak pasal-pasal saja kena pelempang

CG Sponsors




honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
AMPANG: Hanya kerana meminta mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan, seorang pemilik kedai mencuci kereta bukan saja dibelasah, malah diancam akan dibunuh sekumpulan tiga lelaki ketika berada di depan premisnya di Pandan Cahaya, Ampang, baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia 40 tahun pada mulanya menegur seorang lelaki yang meletakkan kereta di laluan masuk kedainya sebelum dia meminta mengubah kenderaan itu. Namun, tegurannya itu membuatkan pemilik kereta terbabit tidak berpuas hati sebelum dia menghubungi dua rakannya untuk ‘menyelesaikan’ kes berkenaan. Menurut sumber polis, sejurus tiba di lokasi kejadian, seorang daripada rakan lelaki itu mengeluarkan pisau bagi menakutkan mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. “Ketika bertengkar, mangsa secara tiba-tiba ditampar lelaki berkenaan sebelum dia mencabar mangsa membuat laporan polis. “Tidak cukup dengan itu, dua rakan lelaki berkenaan turut membelasah mangsa menyebabkannya cedera di badan dan kepala,” katanya. Malah, mangsa turut diugut akan dibunuh oleh seorang daripada lelaki berkenaan kerana dia tidak berpuas hati dengan teguran itu.

Sumber terbabit berkata, ketika kekecohan berlaku, secara kebetulan anggota polis. “Melihatkan keadaan mangsa yang ketika itu menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialami, anggota polis bertanyakan kepada lelaki terbabit apa yang berlaku kepadanya. “Mangsa memberitahu yang dia dipukul dan dibelasah sekumpulan lelaki sebelum dinasihatkan membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.
 
Sponsored Post

fsqtrading68

Active Member
Joined
Apr 13, 2008
Messages
1,182
Reaction score
15
Points
25
ermmmm....kalu boleh jgn lah si pelaku ni melayu...
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
melayu la kot.. kan otai ampang
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
salah sendiri, lepas tu nak belasah orang... ****** betul.... patutnya dia minta maaf sebab block laluan masuk tempat cuci kereta tu... nak tunjuk power ke?
 

haikal09

Banned
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,165
Reaction score
7
Points
25
salah sendiri, lepas tu nak belasah orang... ****** betul.... patutnya dia minta maaf sebab block laluan masuk tempat cuci kereta tu... nak tunjuk power ke?
ko ni fhm ke tak jln citer:))
 

honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
biasa arrr..ada geng skit nk tunjuk lagak...silap ari bln yg dia lempang tu ada ilmu mau mkan diri balik...kalo berani apsal calling member2,mau masa kn sound tu dh bg pelempang...ni jenis ada geng br brani...
 

wmrn1

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,730
Reaction score
3
Points
25
Kalau lelaki x perlu call member. Ni bapok atau bacul,berani sebab ada member jer, . kalau sorang gerenti cabut tu.
 

fsqtrading68

Active Member
Joined
Apr 13, 2008
Messages
1,182
Reaction score
15
Points
25
yg pelik nye...kes cuma salah parking, siap call panggil kwn2 tu
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
ko ni fhm ke tak jln citer:))
tang mana yang aku tak faham? sefaham aku, pemilik kedai tu yang kena lempang... yang b i n g a i tu mamat yang block laluan masuk ke kedainya... mamat b i n g a i tu call member dia pasal tak puas hati kena tegur suruh alihkan kenderaan tu... sepatutnya mamat b i n g a i tu yang minta maaf pasal block laluan masuk tu... ni tidak, nak tunjuk power pulak...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register