Tak logik saman kerana tak pakai seluar dalam: Pengarah JPJ

Recommended Brokers


Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
803
Reaction score
274
Points
31
saman.jpg


SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menafikan dakwaan anggotanya mengenakan kompaun terhadap seorang pemandu lori atas kesalahan tidak memakai seluar dalam, susulan tular di media sosial Facebook baru-baru ini.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, notis larangan penggunaan kenderaan atau PG1 yang diberi kepada pemandu berkenaan dalam sekatan jalan raya Ops Statik di Kilometer 10 Jalan Seremban-Port Dickson pada Isnin lalu itu sebaliknya telah diubah suai.

Menurutnya, anggotanya telah mengeluarkan notis berkenaan selepas pemeriksaan kenderaan mendapati tayar gandar dua kiri bahagian dalam telah botak atau terkoyak.

"Notis itu untuk mengarahkan pemandu menukar tayar yang telah rosak dan perlu hadir ke JPJ untuk pemeriksaan lanjut bagi elak dikenakan tindakan saman, tapi kita dapati salinan notis diberi telah ditambah ayatnya iaitu kesalahan lain adalah tidak memakai seluar dalam dikompaun RM600.

"Sangat tidak logik kita beri saman atas kesalahan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelas beliau, notis PG1 dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan kesalahan teknikal kenderaan sahaja, bukannya berkaitan dengan tata kelakuan pemandu seperti mana yang telah diubah suai pada notis tersebut.

Sehubungan itu, pihaknya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban semalam sebagai penafian sekali gus mengelakkan orang ramai salah faham terhadap jabatan itu.

"Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku kepada JPJ Negeri Sembilan dan saya harap orang ramai jangan mudah percaya dan semak dulu dengan kita jika ada penyebaran fitnah sebegitu," katanya.

Sementara itu, pihaknya turut berkongsi maklumat sebenar mengenai perkara itu di Facebook JPJ Negeri Sembilan dan turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang meminta jabatan berkenaan mengambil tindakan saman.

Pengguna Facebook, Zuone Zal meninggalkan komen, "Saman baliklah, saman fitnah. Ajar sikit, tau nak 'kondem' orang saja. Dah buat salah, terimalah."

Cermin Kehidupan pula menulis, "Kasi ajar, jangan beri muka pada kaki 'spin' (putar belit) ini. Semua benda nak edit (sunting), buat panas line orang. Nampak benar tipu, deme (mereka) tambah."

Sumber : sinar harian
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,682
Reaction score
140
Points
38
seronok betul org sebar mende2 fitnah gini ..janji viral ..
mmg sangat tak logik dan diluar bidang kuasa JPJ pun ..

dan tak menjadi kesalahan mana2 law pun tak pakai seluar dalam

#adiktaklemas
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
14,327
Reaction score
282
Points
131
nak memburuk2kan peguatkuase pun biar la logik skit...
nampok benor nipunye...
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,045
Reaction score
2,422
Points
191
viral gamba gini bukan bley duit pon..

nak viral jadi laa cam retis atau penjual kosmetik..

buat benda xde faedah, viral, bley duit youtube..
 

apoeki

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
4,884
Reaction score
173
Points
33
masakla klo dpt nie..
suruh dia bogel jln kaki round seremban
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,874
Reaction score
574
Points
161
Fitnah dan photoshop tidak mungkin dipisahkan. :D
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,189
Reaction score
88
Points
30
heran sungguh ramai jilat bontot jpj yang mulut serupa haram dan rakan baik cina palat geng tonto..
 

buncai

Fun Poster
Joined
May 21, 2011
Messages
554
Reaction score
26
Points
20
konon2nya mcm org barat la xpakai... tp pemikiran tu xmenggambarkannya
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206
gambar kiri slip ori, gambar kanan carbon copy.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register