eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUBANG JAYA: Bahana mengambil dadah berlebihan, seorang penjenayah ‘lalok’ gagal menemui pintu rumah yang ingin disamun di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan beberapa kali berpusing-pusing di depan rumah teres dua tingkat selepas memanjat pagar kerana gagal mencari pintu atau tingkap rumah untuk menceroboh masuk.
Selepas beberapa lama berlegar di depan rumah, kelibat penjenayah itu dilihat seorang penghuni kediaman berdekatan yang terus menghubungi pemilik rumah.
Penjenayah terbabit yang tidak menyedari tingkah lakunya diperhatikan jiran sebelah masih dilihat berusaha sedaya upaya mencari pintu dan tingkap untuk masuk ke dalam rumah berkenaan.
Sumber polis berkata, pemilik rumah itu kemudian terus menghubungi polis memaklumkan terdapat seorang lelaki berada di kawasan rumahnya.
“Sepasukan anggota polis yang menerima maklumat daripada mangsa terus bergegas ke sana untuk melakukan siasatan.
“Sebaik tiba lelaki terbabit berada di depan rumah dan tidak melarikan diri lalu ditangkap,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau berkata, polis turut menemui beberapa keping wang syiling daripada tangan penyamun terbabit.
Menurutnya, ketika ditahan, lelaki itu berada dibawah pengaruh dadah dan polis percaya dia berada di situ untuk melakukan jenayah pecah rumah.
“Lelaki itu bagaimanapun tidak sempat masuk ke dalam rumah kerana dipercayai gagal mencari pintu.
“Ketika ditahan, lelaki itu dipercayai berada dalam keadaan khayal,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Sumber itu berkata, polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada suspek pernah terbabit dalam beberapa kes sama sebelum ini.
Harian Metro difahamkan, penjenayah terbabit bekas pengawal keselamatan sebuah syarikat keselamatan.
Sumber itu berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan kerana menceroboh.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah boleh terus menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-89481421 atau balai polis berhampiran
Rumah tu ada 'pagar' xtra tu