BTC USD 38,386.6 Gold USD 1,831.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak Boleh Jalan, Ustaz Kazim Elias Kena Buatan Orang?

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,525
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,525
Reaction score
465
Points
91
Pendakwah bebas terkenal Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya yang tidak dapat berjalan.
160529vs153928l6226srt.png

Menerusi Instagram, Kazim berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian berdurasi 23 saat itu, Kazim terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan
Malah, menerusi perkongsian video seorang pengikut yang dikenali sebagai Imran Ismail di TikTok menunjukkan Kazim perlu menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak

Tidak hanya itu, Imran turut memaklumkan mereka sehingga kini tidak tahu apa penyakit yang menimpa Kazim

“Kita tak tahu orang buat atau memang penyakit wallahualam hanya Allah yang tahu kebenarannya. Doakan untuk ustaz yer semua,” jelasnya

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa agar Kazim diberikan kesembuhan dengan segera

*Gempak
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
8,401
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,401
Reaction score
1,069
Points
151
Moga Allah sembuhkan.

Kesian ustaz kazim ni, dari dulu lepas satu, satu masalah kene buatan orang.

Mungkin jugak kene pergi jumpa pakar perubatan yang berpengalaman,buat macam2 test. Entah2 ada masalah genetik, parasite dsb yang buat tubuh ustaz sering terganggu camni. Wallahua'lam.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,257
Points
1,831
Awards
1
Ada ustaz post aritu kaki bengkak
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Gout ke tu

Ustaz pun bole kene sihir
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Bengkak kaki, keluarga syak Ustaz Kazim disihir


KEADAAN Mohd. Kazim Elias yang dibantu ketika menggunakan kerusi roda untuk bergerak berikutan sakit kaki kiri yang beliau alami sejak dua minggu lalu. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
IPOH: Keluarga Datuk Mohd. Kazim Elias tidak menolak kemungkinan kesakitan bengkak kaki kiri yang dialami oleh pendakwah terkenal itu sejak dua minggu lalu akibat perbuatan sihir.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd. Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki kiri sehingga menyukarkan pendakwah itu untuk berjalan seperti biasa.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan sakit itu akibat perubatan sihir setelah pakar perubatan di hospital tidak dapat mengesan punca sebenar penyakit adiknya itu.

“Selain itu, beliau (Ustaz Kazim) ada menunjukkan beberapa penemuan barang meragukan seperti abu dan gambar beliau yang telah dibakar di dalam Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi di sini.

“Kami tidak menolak kemungkinan barang yang ditemui itu mempunyai unsur (mistik) berdasarkan sakit yang beliau alami,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Menurutnya, selain dari perubatan moden, mereka juga melakukan perubatan Islam untuk merawat penyakit Mohd. Kazim.

“Selepas menerima rawatan perubatan Islam, bengkak pada kakinya semakin pulih namun kini bahagian betis kirinya pula membengkak,” katanya.

Menurutnya, keadaan Mohd. Kazim masih lemah dan tidak boleh berjalan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Mohd. Kazim mengehadkan sesi ceramah dan kuliah agama namun sesi yang sama secara atas talian tetap diteruskan.

Menurutnya, beliau sedih dan kecewa kerana pada zaman moden ini masih ada orang tergamak melakukan perbuatan sedemikian.


Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang melakukannya supaya bertaubat.

“Kami tidak menyesaki sesiapa namun sekiranya ada mana-mana individu yang tidak berpuas hati, eloklah datang berbincang dengan cara baik, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis, Ustaz Kazim menunjukkan gambar kotak berisi abu yang terdapat gambarnya yang telah dibakar, dijumpai di laluan tempatnya mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi.

Mohd. Kazim turut berkongsi keadaannya dirinya yang tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuk berjalan selain menggunakan kerusi roda. -UTUSAN ONLINE
 

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,697
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,697
Reaction score
1,069
Points
151
Aneh2 manusia jenis penyihir ni...
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,257
Points
1,831
Awards
1
Alhamdulillah..dah boleh join kelab.
Mudah sy bergerak. Terima kasih kpd yg menghadiahkan buat sy.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Doktor da sound ostat palatao 😂
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,257
Points
1,831
Awards
1
“Inilah dia, jadi tuan puan boleh tengok sendiri macam mana. Saya rasa wajah saya mungkin berubah 50 hingga 70 peratus daripada yang asal.

“Nampak lain kan? Itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya.

“Lihat mata dan hujung mata, lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam,” katanya.

“Saya berpendapat, penyakit yang saya hadapi ini ada berkaitan dengan ‘ain.

“Oleh itu saya kini sedang membuat rawatan,”

“Jika tidak sembuh juga, saya kena mandi di sungai pada waktu Subuh,” katanya.

“Ada yang bertanya penyakit ‘ain itu bahayakah? Rasulullah menyebut penyakit ‘ain ialah penyakit yang paling cepat membawa kematian. Ia bukan penyakit biasa.

“Saya lebih nampak diri saya (mengalami) penyakit ‘ain iaitu penyakit mata orang yang mempunyai hasad. Jadi ia cukup bahaya," katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register