BTC USD 28,543.9 Gold USD 1,977.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tak boleh gantung sesuka hati'

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
PETALING JAYA - Pengusaha perniagaan yang mendapat kelulusan permit sementara ditegah meletak dan menggantung iklan mereka di sepanjang jalan protokol bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Tun Mohd Izlizam Bahardin berkata, walaupun mendapat permit sementara, pihak berkenaan tidak boleh meletakkan iklan mereka secara sesuka hati memandangkan terdapat lokasi tertentu yang telah ditetapkan oleh majlis sebelum ini.

“Lokasi yang disenaraikan ini merupakan jalan-jalan utama di Petaling Jaya dan masih banyak pihak yang bertindak dengan sesuka hati menggantungkan dan memaparkan iklan di sekitar kawasan ini.

“MBPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak berkenaan walaupun mereka mendapat kelulusan permit sementara,” katanya dalam operasi menurunkan iklan haram di Jalan SS21/1A, semalam.

Izlizam berkata, selain itu, pihaknya juga kini sedang giat menjalankan pemantauan ke atas pelekat iklan-iklan haram peminjam wang yang dipercayai tidak berlesen dan cuba mengambil kesempatan terhadap orang awam.

Bagi mengelakkan pihak berkenaan bertindak sesuka hati, Izlizam memaklumkan, pihaknya juga telah menghantar kira-kira 3,000 nombor telefon peminjam wang berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.

“Dari jumlah 3,000 tersebut, sebanyak 300 nombor telefon telah ditamatkan perkhidmatan dan MBPJ akan meneruskan usaha ini bagi mengekang perkara ini,” katanya.

Selain daripada itu, Izlizam memaklumkan bahawa pihaknya juga turut menjalankan penyamaran bagi menangkap pihak yang melekatkan dan menggantungkan iklan secara sesuka hati.

Pada tahun ini, katanya, terdapat sebanyak tiga tangkapan telah dibuat terhadap individu yang melakukan kegiatan itu.

“Dalam membanteras perkara ini, usaha dan kerjasama masyarakat juga diperlukan dalam menyalurkan maklumat supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Hadir sama dalam operasi terbabit, Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang turun padang bagi meninjau pelaksanaan tersebut.

Menurut Bee Yin, setiap pihak perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan walaupun telah mendapat permit sementara bagi memasang iklan-iklan tersebut.

“Seperti yang kita sedia maklum, permit yang dikeluarkan hanya untuk kawasan-kawasan tertentu dan tidak meliputi semua lokasi dan pihak berkenaan perlu meletakkan iklan mereka di tempat yang ditetapkan,” katanya.

Menerusi statistik yang ditunjukkan, Bee Yin memaklumkan sebanyak 442,815 bunting telah diturunkan sejak awal tahun ini manakala pelekat yang dipercayai peminjam wang tidak berlesen pula sebanyak 1,628.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tak-boleh-gantung-sesuka-hati-1.327345


image.jpg
 
Top
Log in Register