Tahyul mewarnai Tahun Baru Cina

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PENDUDUK China menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan masih ramai mempercayai tahyul walaupun ramai menjangkakan Tahun Harimau kali ini bakal membawa kemakmuran ekonomi, lapor akhbar China Daily semalam.

Beberapa tukang tilik meramalkan, pasangan yang mahu berkahwin terpaksa menunggu sehingga tahun 2011 kerana didakwa tidak sesuai dilakukan tahun ini selain mempercayai bayi yang lahir pada 2010 dianggap sebagai amat agresif.

"Jika berkahwin tahun ini, suami anda akan mati awal. Keluarga dan saya sendiri tidak percaya tahyul, tetapi saya berpendapat, Tahun Harimau bukan waktu yang baik untuk berkahwin," kata pelajar kolej berusia 25 tahun, Joyce Lin.

Kebanyakan remaja di China juga memilih untuk akur dengan kepercayaan tradisional termasuk tidak memotong rambut selama sebulan selepas hari pertama Tahun Baru Cina kerana jika dilanggar, umur mereka mungkin tidak berpanjangan.

Dalam pada itu, pakar feng shui dari Hong Kong, Raymond Lo berkata, Tahun Harimau dijangka memberi pemulihan ekonomi kerana haiwan itu penuh dengan tenaga dan dianggap tempat lahir api yang menjana keyakinan dan kekuatan. - Reuters
 
Sponsored Post

leospirit

Fun Poster
Joined
Jan 15, 2008
Messages
166
Reaction score
3
Points
15
kawin takleh takpe janji syer aku 1000% untung hehehe
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
mak hoi..
byk tol kpercayaan derang..
sampai kan rambut pon kene simpan takut mati awal~
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
Cinn ni mmg suke caye tayull nih.. orang kite plak suke bela Toyo...ekekeke
 

Hafiz1990

Active Member
Joined
Oct 9, 2009
Messages
2,179
Reaction score
10
Points
25
tahyul tol cina2 nih eh.
sampai mcm tu skali.

aii pelik2..
 

BlackCarnival

Active Member
Joined
Sep 16, 2009
Messages
1,916
Reaction score
3
Points
25
nk kawin thn depan..tgk2 xcukup umor..tau2 je lak pnjang umur nk kawin thn dpn yee..heeee
 
Sponsored Post
Top
Log in Register