Info Tahukah Anda? - Bill Collector

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,530
Reaction score
2,034
Points
176
Sering dapat panggilan dari Bill Collector minta anda bayar hutang?
Adakah anda wajib membayarnya?


Kebanyakan dari kita pernah berhutang atau sedang berhutang. Ada hutang telco, perabot ansuran bayar, kad kredit dan pelbagai lagi jenis hutang.

Dan kebanyakan hutang-hutang ini kadang kala sudah dibuat lama dahulu, ada yang sampai 10 tahun lalu tapi hanya dituntut baru-baru ini dengan menggunakan perkhidmatan Bill Collector.

Pengguna harus tahu bahawa hutang-hutang yang sepatutnya dituntut oleh pemiutang (orang yang memberi hutang), jika tidak dituntut melebihi 6 tahun, hutang-hutang tersebut dianggap lupus dalam konteks undang-undang. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu lagi membayar hutang tersebut dan tiada apa-apa tindakan mahkamah boleh diambil ke atas anda.

Ini kerana undang-undang menghukum pemiutang yang leka dan cuai untuk menuntut hak mereka dalam tempoh 6 tahun. Undang-undang memberikan had masa kepada pemiutang untuk menuntut hak mereka dan tidak boleh menuntut pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiutang.

Apabila seseorang ingin menuntut sesuatu ganti rugi dalam kes sivil, beliau harus memfailkan kes tersebut di mahkamah sivil dalam satu jangka masa yang tertentu. Mengikut Seksyen 6(1), Akta Had Masa 1953, sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak dan tort haruslah dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa enam tahun.
Selepas tamat tempoh had masa, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mahkamah, kecuali, mengikut seksyen 29, di bawah Akta tersebut, ada bukti seperti fraud atau salah (mistake) yang menyebabkan pihak yang ingin menuntut tidak dapat mengenali hak tuntutannya.

Tempoh had masa enam tahun mula dikira daripada tarikh sesuatu insiden seperti hari kemalangan atau hari pengingkaran mematuhi peraturan-peraturan yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak. Sebagai contoh, dalam satu kemalangan jalan raya, tarikh dan masa kemalangan jalan raya di antara dua kenderaan adalah titik permulaan had masa tuntutan oleh pihak yang ingin menuntut ganti rugi terhadap pihak yang bersalah.

Ada juga syarikat Bill Collector menggunakan teknik desakan ke atas pengguna dengan membuat panggilan telefon, sms dan mengeluarkan notis palsu untuk menyita barang-barang pengguna jika pengguna terus ingkar bayar hutang.

Notis-notis ini adalah tidak sah kerana tiada penghakiman dan tempoh untuk mengambil tindakan telah melebihi 6 tahun. Ada juga penyamaran dilakukan dengan membuat panggilan telefon mendakwa mereka dari mahkamah. Hm, mahkamah tidak call orang dan tuntut hutang ye. Banyak pula masa orang mahkamah nak buat macam tu.
Jadi jika anda terus diburu oleh penuntut-penuntut hutang yang sudah melebihi 6 tahun ini, anda mempunyai pilihan; samada bayar atau memilih untuk tidak bayar dan tiada tindakan mahkamah yang boleh dikenakan ke atas anda.

Jika anda memilih untuk bayar, sila ke syarikat Bill Collector itu sendiri dan buat bayaran kepada orang yang sah menerimanya dan dapatkan resit selepas bayaran. Jangan buat bayaran ke dalam akaun personal mana-mana orang tanpa usul periksa.

Gambar dibawah adalah contoh notis palsu yang digunakan dalam proses mendesak pengguna membayar hutang. Sila ambil maklum bahawa memalsukan dokumen mahkamah adalah salah di sisi undang-undang!





Sumber asal https://www.facebook.com/JumpaKatMahkamah/
 
Sponsored Post

Mizz Adilla

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2011
Messages
4,373
Reaction score
9
Points
25
aku pun baru tahu lepas jumpa lawyer kes aku jadi guarantor kereta ex husband aku. samada nak saman dia atau nk tggu 6 tahun.
masalahnya 6 tahun tu lama.
nama aku tetap blacklist tu nak apply loan rumah wpun after 6 tahun
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,491
Reaction score
5,810
Points
1,346
aku pun baru tahu lepas jumpa lawyer kes aku jadi guarantor kereta ex husband aku. samada nak saman dia atau nk tggu 6 tahun.
masalahnya 6 tahun tu lama.
nama aku tetap blacklist tu nak apply loan rumah wpun after 6 tahun
sis hantar la notis pada ex hubby suruh dia bayar hutang tu..
lepas dua tiga notis tengok samada dia bayar ke tak, kalau dia enggan, boleh la saman..

kesian kalau nama kena blacklist disebabkan org lain punya hal..
 

Mizz Adilla

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2011
Messages
4,373
Reaction score
9
Points
25
sis hantar la notis pada ex hubby suruh dia bayar hutang tu..
lepas dua tiga notis tengok samada dia bayar ke tak, kalau dia enggan, boleh la saman..

kesian kalau nama kena blacklist disebabkan org lain punya hal..
sudah banyak kali inform dia tapi tetap tak peduli jugak. so jumpa lawyer je la jalan akhir. sebab nk apply beli rumah ni. tapi nama sangkut guarantor.
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,491
Reaction score
5,810
Points
1,346
sudah banyak kali inform dia tapi tetap tak peduli jugak. so jumpa lawyer je la jalan akhir. sebab nk apply beli rumah ni. tapi nama sangkut guarantor.
kesiannya sis..
takpe, jumpa lawyer kata nak ambik tindakan terhadap ex hubby.
mula mula lawyer akan hantar notis tuntutan penamatan dulu,
lepas 7 -14 hari (bergantung apa yg dibagitau dalam notis tu),kalau takde respon, mungkin lawyer akan hantar sekali lagi notis, kalau tak jalan jugak baru dia akan failkan saman..


notis tu pra-syarat utk failkan saman. saman takleh difailkan kalau tak hantar notis tu terlebih dahulu..

saman difailkan kat mahkamah. dalam masa sebulan, baru saman bercop no. saman, sekali dengan cop meterai Mahkamah akan keluar dari Mahkamah.
pastu saman tu baru boleh diserahkan pada ex hubby (lepas ni disebut sebagai defendan) tu..

dalam masa 14-hari hingga sebulan, lawyer tunggu samada defendan tu masukkan pembelaan kat mahkamah dan serahkan pada lawyer sis..
kalau dia masukkan pembelaan, jadi kalau gitu, kita lawan kes lah

namun kalau dia gagal masukkan pembelaan, maka lawyer sis akan ambik judgment kemudian boleh la sis ambik tindakan lain sekiranya defendan gagal jugak bayar hutang tu..

misalnya sis dah nekad utk ambik tindakan undang undang tu, jangan tunggu sehingga lepas 6 tahun..
jangka masa defendan berhutang sehingga cukup 6 tahun-dlm masa tu sis boleh ambik tindakan sivil..

lepas tu dah tak boleh da..


semoga Allah permudah segala urusan sis. semoga semua yg terbaik utk sis dan famili..
 

amieshoro

Active Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,481
Reaction score
63
Points
30
tapi kalau kes kredit kad lain kan?
hutang akan menjadi interest..
bole jadi berjuta2 kalau tak bayar
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,491
Reaction score
5,810
Points
1,346
tapi kalau kes kredit kad lain kan?
hutang akan menjadi interest..
bole jadi berjuta2 kalau tak bayar
tuan, kalau kes kad kredit tu, dalam notis tuntutan penamatan dan juga saman tu akan ada kat statement of account (penyata akaun), hutang yg asas tu dengan yg dah dikira dengan interest (faedah).

jadi sekiranya defendan (org yg berhutang) mahukan penjelasan sebenar, masa dapat notis atau saman tu terus pegi jumpa institusi tu, bincang bagaimana cara to go about this
kena jumpa dengan pegawai bahagian legal, bukan sembarangan pegawai sebab kes dah masuk yg diambil tindakan undang undang..
 

macellsprvive

Active Member
Joined
Mar 25, 2013
Messages
1,454
Reaction score
249
Points
33
sudah banyak kali inform dia tapi tetap tak peduli jugak. so jumpa lawyer je la jalan akhir. sebab nk apply beli rumah ni. tapi nama sangkut guarantor.
eh how come?
nama saya pun ada jadi guarantor kereta
(2 kereta dgn 2 si pembayar culas),
tapi loan rumah masih lepas.
jadi guarantor x meletakkan nama kita dalam CCRIS. (yg ada scoring 0,0,0, 1 tu)
dan, berkaitan jadi guarantor kereta ni,
ada pindaan akta Insolvensi 1967 yg dah dikuatkuasakan.
boleh rujuk sini (point nombor 2) :
https://drazhari.com/2017/10/12/new-bankruptcy-act-pindaan-berkuatkuasa-6-10-2017/

kerapkali orang bank call pasal kereta culas bayar ni,
jawapan yg sy kerap beri yg membuatkan mereka terdiam:
'encik tahu pindaan akta baru berkaitan insolvensi x membolehkan saya sebagai penjamin,
dikaitkan dgn pinjaman yg x mendatangkan faedah kepada diri sy?
yg encik susah2 call sy dah kenapa? pergi call si peminjam.
jgn kata kamu x tahu mcm mana nak hubungi dia, sedangkan penjamin kamu boleh cari, xkan peminjam kamu x jumpa?' :))

cakap biar tegas.
biar dorg tahu ingat kita orang biasa ni boleh kena kitai2 ke ape.
lepas tu xde lagi dah call marah2. :eek:

sekian.
 

amieshoro

Active Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,481
Reaction score
63
Points
30
tuan, kalau kes kad kredit tu, dalam notis tuntutan penamatan dan juga saman tu akan ada kat statement of account (penyata akaun), hutang yg asas tu dengan yg dah dikira dengan interest (faedah).

jadi sekiranya defendan (org yg berhutang) mahukan penjelasan sebenar, masa dapat notis atau saman tu terus pegi jumpa institusi tu, bincang bagaimana cara to go about this
kena jumpa dengan pegawai bahagian legal, bukan sembarangan pegawai sebab kes dah masuk yg diambil tindakan undang undang..
sebab jiran saya ada satu je kad kredit ..
pastu dia dengan senang hati selama hampir 10 tahun tak bayar..

pastu dapat call dari bank kata utang nya mencecah hampir RM30k..
padahal dia guna kad tue tak sampai RM3k pun..

oleh kerana terdesak,
jiran saya join AKPK .. kena bayar RM100 sebulan..
tapi bila dia tengok kat statement AKPK, utang kredit kad dia cuma Rm6k je..
so jiran saya nie blur je dan ikut la bayaran bulanan AKPK..
kini jiran saya senang hati sikit sejak join akpk.. muka pun ada ceria.. tapi dalam hati spa tahu kan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register