tahniah pandelela.. pingat gangsa acara terjun 10m platform olimpik 2012

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,091
Reaction score
20,952
Points
1,661
Pandelela tidak kecewa



RIO DE JANEIRO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengakui dia tidak kecewa sekalipun gagal memenangi pingat dalam acara 10 meter platform, sebentar tadi.


Penerjun kelahiran Sarawak berusia 23 tahun itu berkata dia sudah melakukan segala yang termampu dalam acara yang pernah menjulang namanya selepas meraih gangsa di London 2012.

"Walaupun saya gagal mengulangi pencapaian 2012 tetapi saya tidak kecewa dan sedih.

"Ini kerana saya sudah memenangi perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong, 9 Ogos lalu.

"Pada saya kejayaan di Rio 2016 lebih baik dan membanggakan," katanya yang sekadar menamatkan saingan di tangga ke-11 daripada 12 penerjun pada aksi final di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Seorang lagi wakil negara, Nur Dhabitah Sabri bagaimanapun menduduki tempat lebih baik apabila menamatkan cabaran di tempat kesembilan.


http://www.bharian.com.my/node/184587
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,091
Reaction score
20,952
Points
1,661
Pandelela ke-11, Dhabitah ke-9

RIO DE JANEIRO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekadar menamatkan saingan final acara 10 meter platform individu di tangga ke-11 daripada 12 penerjun di Pusat Akuatik Maria Lenk, pagi tadi.


Seorang lagi wakil negara, Nur Dhabitah Sabri bagaimanapun meraih kedudukan lebih baik apabila menamatkan cabaran di tempat kesembilan.

Keputusan yang diraih Pandelela itu menyaksikan penerjun berusia 23 tahun itu gagal mengulangi pencapaian meraih gangsa di London 2012.

Namun, dia tidak harus terlalu kecewa kerana sebelum ini penerjun kelahiran Sarawak itu sudah memenangi perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoon.

Pandelela menghimpun 330.45 mata dalam lima terjunan manakala Dhabitah meraih 338 mata.

Ren Qian dari China memenangi emas selepas mendapat 439.25 mata, diikuti seorang lagi wakil China, Si Yajie (419.40) dan gangsa diraih Meaghan Benfeito dari Kanada (389.20).


http://www.bharian.com.my/node/184585
 

kinz

Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
2,188
Reaction score
126
Points
33
Ohh Dah final ke?

Jauh pula jatuhnya pergi kedudukn ke 11..
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,858
Reaction score
1,046
Points
191
Pandelela tidak kecewa



RIO DE JANEIRO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengakui dia tidak kecewa sekalipun gagal memenangi pingat dalam acara 10 meter platform, sebentar tadi.


Penerjun kelahiran Sarawak berusia 23 tahun itu berkata dia sudah melakukan segala yang termampu dalam acara yang pernah menjulang namanya selepas meraih gangsa di London 2012.

"Walaupun saya gagal mengulangi pencapaian 2012 tetapi saya tidak kecewa dan sedih.

"Ini kerana saya sudah memenangi perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong, 9 Ogos lalu.

"Pada saya kejayaan di Rio 2016 lebih baik dan membanggakan," katanya yang sekadar menamatkan saingan di tangga ke-11 daripada 12 penerjun pada aksi final di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Seorang lagi wakil negara, Nur Dhabitah Sabri bagaimanapun menduduki tempat lebih baik apabila menamatkan cabaran di tempat kesembilan.


http://www.bharian.com.my/node/184587

sindrom camni la yg buat atlit kita x leh g jauh... sindrom "mudah puas hati"... aku x nampak smlm penerjun selain china yg bagus. dier ptt bley menang pingat... sbb china pun htr penerjun muda... seb bek penerjun australia michell wu membuat aku terpesona... aummmm:p
 

kawebiz

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2008
Messages
3,951
Reaction score
18
Points
25
ambo dah agak dr awal lg..
masa pusingan awal..separuh akhir..
mata pandelela x brapo baik
dok kedudukan ke 6..
betul laa..bila final...
markah dia pun sama mcm pusingan awal dan separuh akhir
peserta lain makin baik..dia maintain..
x tau laa..mungkin sbb dah dpt perak
dia rasa puashati...

apapun tahniah laa..dapat perak
kalu tidak..kolam renang..balik tangan kosong..
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,777
Reaction score
152
Points
43
untuk apa dia tampal2 kat badan tu..hehe..pelik..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,091
Reaction score
20,952
Points
1,661
Pandelela terima RM1.3 juta



KUCHING - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, 23, menerima insentif keseluruhan bernilai RM1.3 juta daripada kerajaan negeri Sarawak di atas pencapaian meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil baru-baru ini.


Insentif tersebut diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selepas menyambut wirawati negara di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.

Ratu terjun negara itu menerima insentif RM500,000 daripada kerajaan negeri, sebuah kondominium dilengkapi perabot bernilai RM700,000 di MJC Batu Kawa daripada Tenaga Stable Sdn. Bhd. dan RM100,000 sumbangan Techninier Sdn. Bhd.

Kondominium itu juga dinamakan sebagai Residence Pandelela.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4JBket8rQ
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,835
Reaction score
11,169
Points
2,376
TeamMAS


Selamat hari lahir diucapkan kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri Semoga terus mencipta kejayaan buat negara. #TeamMAS
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,835
Reaction score
11,169
Points
2,376

Bitah, Pandelela raih tempat keempat


PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong memulakan kempen Siri Terjun Dunia di Sagamihara, Jepun dengan menduduki tempat keempat acara 10 meter platform seirama wanita hari ini.

Terjunan terakhir membantu gandingan berkenaan untuk melonjak dari kedudukan kelima ke tempat keempat keseluruhan selepas mereka memungut 302.64 mata.

Pada terjunan kelima mereka melakukan tahap darjah kesukaran paling tinggi iaitu terjunan ke belakang dua setengah somersoults dan satu setengah pusingan untuk memperoleh 70.08 mata.

Pingat emas menjadi milik China melalui gandingan Zhang Jiaqi-Lu Wei selepas mengumpul 340.44 mata, manakala Kim A Rim-Kim Mi Rae dari Kore Utara menduduki tempat kedua (319.50).

Sementara wakil Kanada, Caeli McKay-Meaghan Benfeito di tempat ketiga (311.70). Dhabitah akan turun sekali lagi petang ini bersama Kimberly Bong dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/428475/bitah-pandelela-raih-tempat-keempat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register