BTC USD 28,610.4 Gold USD 1,970.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahap Kesedaran Perbankan Islam Di Terengganu Masih Kurang - Exco

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,829
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,829
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
KUALA TERENGGANU, 31 Okt - Tahap kesedaran orang ramai mengenai keistimewaan sistem perbankan Islam di negeri ini masih agak rendah dan usaha perlu dipergiatkan untuk meningkatkannya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri Terengganu, Ghazali Taib.

Beliau berkata pihak yang terlibat dalam sistem perbankan Islam perlu berganding bahu meningkatkan kesedaran ini melalui penganjuran lebih banyak majlis penerangan mengenainya.

"Sistem perbankan Islam telah terbukti dapat memacu perkembangan ekonomi yang lebih pantas dan adil kepada semua pihak yang terlibat terutama dari pihak pemberi pinjaman dan juga peminjam.

"Banyak aspek dalam perbankan Islam yang bersifat adil kerana ia patuh syariah dan tidak menindas mana-mana pihak, sebab itu kita lihat sudah banyak bank konvensional menawarkan produk perbankan Islam kerana ia adalah pasaran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Celik Muamalat peringkat negeri Terengganu yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islam Malaysia di sini, hari ini.

Seramai 450 peserta terdiri daripada kakitangan awam, usahawan, pelajar dan badan bukan kerajaan menyertai simposium itu yang memberi pendedahan mengenai manfaat yang boleh mereka peroleh daripada perbankan Islam.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil berkata kerajaan negeri bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin memartabatkan sistem perbankan Islam di negeri itu.

"Harapan kita, apabila semakin ramai yang sedar dan faham mengenai muamalat Islam ini, mereka akan menjadikannya sebagai pilihan utama dalam menjalankan pelbagai urusan harian mereka.

"Ini akan mengukuhkan lagi ekonomi umat Islam di negeri ini dan seterusnya menjadi hasrat kita agar semua urusan yang dilakukan akan menggunakan sistem ekonomi kewangan Islam," katanya.
 
Top
Log in Register