akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,570
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,570
- Reaction score
- 6,648
- Points
- 881
- Awards
- 1
Tadbir urus masjid: Ada campur tangan bukan-Islam?
Izwan Abdul HalimNovember 7, 2023
AGAMA Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan Islam sememangnya memupuk penyatuan ummah kerana ianya akan membawa kepada kemajuan umat Islam.
Masjid dan surau adalah tempat terbaik penyatuan ummah. Di sinilah semua umat Islam tanpa mengira darjat, bangsa, taraf pendidikan, umur, mahupun fahaman politik berkumpul dengan satu tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
Sebagai agama yang cintakan Penyatuan Ummah, Islam menggalakkan kita berkawan dengan orang bukan-Islam tapi bukan sehingga menggadaikan kepentingan umat Islam kepada bangsa atau agama lain.
Namun, syarat yang ditetapkan untuk pembentukan jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan ADUN bukan beragama Islam mencadangkan senarai jawatankuasa bukan sahaja merupakan campur tangan politik dalam urusan pentadbiran masjid dan surau, tetapi paling mendukacitakan ia merupakan cubaan membenarkan orang bukan-Islam campur tangan dalam urusan agama Islam.
Mengapa dalam urusan pentadbiran rumah Allah, mereka yang bukan Islam dilibatkan?
Pernahkah kita dengar orang Islam dirujuk terlebih dahulu dalam penentuan jawatankuasa rumah ibadah agama lain? Kenapa bila berkaitan masjid dan surau kita izinkan agama lain mengatur apa yang eksklusif kepada umat Islam?
Inikah normalisasi Madani acuan Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang di belakangnya DAP, yang dijulang kepimpinan Umno hari ini? Inikah hasilnya yang perlu diterima rakyat dan umat Islam hari ini selepas Umno berdakapan dengan DAP dan Anwar Ibrahim?
Ingat! Sarang tebuan usah dijolok. Padah akibatnya.
YB DR MOHD YADZIL YAAKUB
Ketua Pembangkang Negeri Melaka
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Melaka – HARAKAHDAILY 7/11/2023