BTC USD 64,854.7 Gold USD 2,329.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung surau sasaran pencuri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Tabung surau di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus menjadi sasaran pencuri dengan kejadian terbaru berlaku Isnin lalu apabila tabung itu sekali lagi dipecahkan.

Setakat ini, sudah lima kali tabung surau berkenaan dipecahkan pencuri sehingga mendorong Persatuan Penjaja Kecil di kompleks itu membuat laporan polis mengenainya.

Pengerusinya, Mansur Abdullah berkata, kejadian terbaru dikatakan berlaku pada 26 Oktober lalu yang kemudian disedari oleh pengawal keselamatan di kompleks berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

"Dalam kejadian itu, dua tabung derma di surau lelaki dan wanita telah dipecahkan," katanya ketika ditemui di kompleks berkenaan di sini, kelmarin.

Sebelum ini, katanya, sudah empat kali tabung surau tersebut dipecahkan dan pada kejadian baru-baru ini, pihak persatuan bertindak membuat laporan polis.

"Hasil sumbangan orang ramai yang biasanya diperoleh sehingga RM400 sebulan itu telah diamanahkan kepada persatuan untuk belanja mengurus kedua-dua surau tersebut antaranya baik pulih peralatan seperti lampu, kipas dan paip air dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, pada kebiasaannya, surau tersebut tidak dikunci kerana ia digunakan sepanjang masa oleh pengunjung serta peniaga selain penumpang bas ekspres pada waktu subuh.

Menurutnya, berdasarkan kesan pada tabung itu, pihaknya percaya ia dilakukan penjenayah yang menggunakan peralatan khas untuk mengumpil kunci tabung tersebut setelah pernah beberapa kali dibaiki dan ditukar baru.

Mansur memberitahu, kejadian kecurian dan pecah kedai kerap terjadi di kompleks berkenaan walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab itu menggunakan taktik memecah masuk kedai melalui siling serta merosakkan sebahagian lampu-lampu di kompleks ini bagi memudahkan mereka beroperasi pada waktu malam," katanya.

Menurut beliau, kedai emas, peralatan perak dan premis pakaian berjenama kebiasaannya menjadi sasaran pencuri yang disyaki dilakukan lebih daripada seorang.

"Perbuatan itu menunjukkan mereka ini tiada langsung rasa hormat dan takut untuk melakukan kesalahan di tempat ibadat apabila nafsu menguasai fikiran, bagi mereka yang pentingkan wang," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner (ACP) Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes itu masih dalam siasatan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register