Covid-19 Tabung Kecemasan Zoo Negara Mampu Bertahan Tiga (3) Bulan Sahaja

CG Sponsors




pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,549
Reaction score
499
Points
91
Panda tu jangan diusik, ibu dia masih ada lagi.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
Pekerja Zoo Negara Tertekan, Elaun Di Tamat

21.11.2020 - Petaling Jaya, Beberapa hari selepas pihak pengurusan Zoo Negara memaklumkan ia kembali berdepan krisis kewangan susulan gelombang ke-3 wabak Covid-19 yang menyaksikan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kini pekerjanya pula tampil mendedahkan elaun khas mereka ditamatkan dan bonus tahunan hanya diberi setengah bulan gaji bagi kakitangan yang layak. Seorang kakitangan yang berkhidmat lebih 8 tahun berkata, pemakluman itu dibuat pada 1 November lalu oleh pihak pengurusan menerusi satu notis yang turut dilihat oleh FMT.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, elaun yang dinikmati mereka sekitar RM200 dan RM300 sebulan mengikut tempoh berkerja dipotong mulai November dengan alasan kedudukan kewangan zoo berkenaan genting kerana tidak mempunyai pendapatan susulan ketiadaan pelawat.

“Gaji kami tidak besar, macam saya kerja lebih 8 tahun tetapi gaji asas hanya RM1,200 sebulan ditambah elaun RM200, baru RM1,400 sebulan. Malah majoriti pekerja di sini gaji asas kurang daripada RM2,000 walaupun telah belasan dan puluhan tahun bekerja. Kini dengan elaun dipotong, lagilah kurang pendapatan kami. Kami terjejas dengan potongan itu. Kami ada tanggungan, anak isteri nak kena bagi makan. Walaupun potong RM200 atau RM300, ia jumlah besar bagi kami yang bergaji kecil ini,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, seorang lagi pekerja yang mahu dikenali sebagai Abdul, meletakkan kesalahan itu kepada pihak pengurusan yang gagal menjaga kebajikan kakitangan.

“Orang sibuk cakap pasal binatang tak boleh makan, kelaparan, kebajikan kami ini lama sudah tak terbela. Sebelum PKP lagi sudah berlaku, banyak permohonan kami tidak dilayan, termasuk kenaikan gaji dan kebajikan lain. Bila Covid-19 melanda, operasi zoo tidak berjalan keadaan bertambah parah,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan haiwan peliharaan di zoo akan terputus bekalan makanan ketika PKPB bukanlah isu kerana ia masih mencukupi kerana setiap kategori binatang mempunyai penaja dalam kalangan syarikat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Seorang lagi pekerja yang mahu dikenali sebagai Razak mengaku gembira bekerja di zoo kerana boleh berbakti kepada binatang, namun apabila memikirkan perihal gaji dan kini elaun yang ditamatkan membuatkan beliau berasa tidak bersemangat.

”Bila elaun dipotong, gaji yang dapat tidak cukup untuk sara keluarga. Pendapatan isteri saya juga dipotong. Kalau dulu ada elaun, boleh buat kerja lebih masa (OT), jadi boleh dapat sampai RM1,800 sebulan.

“Dengan kos sara hidup yang meningkat sekarang, pendapatan di bawah 1,400 sebulan tidak cukup. Jadi untuk dapat duit lebih, selepas waktu kerja saya jadi penghantar makanan,” katanya yang berharap berharap majikan dan kerajaan mengambil tindakan segera bagi membantu semua pekerja yang terjejas.

Katanya, bekerja di zoo merupakan pekerjaan yang sukar. Mereka perlu berdepan dengan binatang liar, merawatnya, mencuci kandang dan memberi makan. Sementara itu, presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Malaysia Zoological Society, R Maran berkata, isu melibatkan kebajikan pekerja zoo bukanlah perkara baru dan sudah lama berlarutan. Maran juga mendakwa bahawa beliau adalah antara mangsa yang dipecat oleh pihak pengurusan zoo pada Ogos lalu tanpa alasan yang munasabah.

“Mereka pecat saya atas alasan saya tidak datang kerja semasa PKP. Ketika itu macam mana nak datang kerja sebab PKP dan saya ada sedikit masalah kesihatan. Saya juga ada tulis surat, tapi tidak dilayan,” katanya yang bekerja di Zoo Negara sejak 1998 dengan gaji permulaan sebanyak RM530 ketika itu.

Beliau juga mendakwa tidak diberi sebarang pampasan walaupun setelah bekerja 22 tahun di situ. Katanya, gaji asas terakhirnya hampir RM2,000 dan ditambah elaun menjadikan pendapatan bulanannya RM2,100 sebelum dipecat.

“Selepas dipecat saya tidak kerja kerana susah nak dapat kerja sekarang. Saya kadang-kadang meminjam dengan ahli keluarga, isteri ada bantu sikit-sikit. Nanti bila kerajaan lulus untuk guna simpanan KWSP saya akan guna kalau sudah terdesak,” katanya.

Pada 17 Nov lepas, Zoo Negara dilaporkan kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ke-3 Covid-19 dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Tabung kecemasan zoo berkenaan dikatakan hanya mampu bertahan kira-kira 3 bulan lagi.

Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata, penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengendali zoo dan pameran tetap (ZPT) di negara ini tidak sewajarnya terus bergantung kepada kerajaan bagi meneruskan kelangsungan operasinya. Beliau berkata, ini kerana kerajaan menerusi kementeriannya sudah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu entiti perniagaan berkenaan yang terkesan akibat PKP dilaksanakan sejak Mac lepas.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...zoo-negara-tertekan-elaun-ditamat-gaji-ciput/
 
Last edited:

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,129
Reaction score
583
Points
161
Zoo ni dah dipajak kat bank ownership dia kalau tak silap.

Bukannya kerajaan punya.

Pasaltu harga tiket nak masuk macam gila babeng.
 

msapar

Fun Poster
Joined
Sep 25, 2008
Messages
851
Reaction score
22
Points
25
klu ambik anak angkat buleh sesekali bawa balik umah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register