Covid-19 Tabung Kecemasan Zoo Negara Mampu Bertahan Tiga (3) Bulan Sahaja

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
29.03.2020 - Kuala Lumpur, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas, turut memberi impak kepada Zoo Negara apabila terpaksa menggunakan tabung kecemasannya untuk meneruskan operasi.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana berkata keadaan haiwan-haiwan di zoo itu masih dalam keadaan baik.

“Penutupan sementara sepanjang tempoh PKP adalah cabaran yang besar bagi menampung kos operasi Zoo Negara Malaysia. Hal ini kerana Zoo Negara memperoleh pendapatan daripada penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai,” kata beliau.

Menurut Rosly, setakat ini tiada mana-mana badan tertentu yang datang memberikan dana kepada Zoo Negara ketika tempoh PKP ini.

"Dalam menghadapi tempoh PKP ini, pihak kami menggunakan tabung kecemasan yang sedia ada,” kata Rosly lagi.

Tabung kecemasan ini adalah peruntukan yang telah diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Malaysian Zoological Society (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.

“Walaupun stok makanan untuk haiwan setakat ini mencukupi kerana penghantaran makanan haiwan oleh kontraktor yang dilantik masih berterusan dan tidak terjejas, tetapi tabung kecemasan itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja" katanya.

"Jika masyarakat ingin menyumbang, kami sangat mengalu-alukan sumbangan itu dengan menyertai kempen 'Adopt An Animal'," jelas beliau lagi.

Menurut Rosly, kempen 'Adopt An Animal' ini adalah pakej yang dilaksanakan oleh kebanyakan zoo di seluruh dunia bagi menambahkan pendapatan.

Pendapatan itu digunakan bagi belian bekalan makanan, ubat-ubatan dan kebajikan haiwan-haiwan.

Mereka yang mahu menyumbang boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1826450
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376
Rasa nya dah ada yang kongsi tabungan untuk Zoo Negara ni di FB
Kalau jumpa nanti tepek sini
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
Zoo Negara Mohon Bantuan Tampung Kos Penjagaan Haiwan

30.03.2020 - Shah Alam, Zoo Negara memohon sumbangan daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi menampung kos keperluan penjagaan haiwan seperti makanan.

Poster dikeluarkan Zoo Negara bagi memohon sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos operasinya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Zoo Negara berkata banyak pihak berdepan keadaan tidak menentu dari segi pendapatan termasuk pihaknya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19.

“Walaupun zoo ditutup kepada umum (berikutan PKP) namun haiwan kami masih memerlukan penjagaan termasuk makanan dan perubatan.

“Orang ramai boleh menghubungi kami di talian 03 4108 3422 atau e-mel [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya yang turut menjelaskan sumbangan boleh dibuat menerusi program anak angkat.

Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang menyimpan lebih 5,000 haiwan daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Ia bergantung kepada kutipan tiket bagi menampung kos operasi selain sumbangan daripada syarikat korporat.





Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/zoo-negara-mohon-bantuan-tampung-kos-penjagaan-haiwan/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
ada syarikat2 support pun masih x cukup maintain Zoo Negara :cry:
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376

MARI BANTU HIDUPAN DI ZOO NEGARA MALAYSIA! Mereka juga perlu makanan dan bantuan sepanjang PKP ini!

Sumbangan misalnya serendah RM1 boleh disalurkan terus ke akaun;

▪︎Malaysian Zoological Society
▪︎514422103830
▪︎Maybank Berhad

Bagi penyumbang yang berjaya menyumbang anda boleh sertakan bukti sumbangan dan hantarkan ke:

[email protected]

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian
+60341083422

Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan anda.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,202
Reaction score
393
Points
81
Rakyat kelaparan nak kena di bagi makan, binatang kelaparan pun nak dijaga jugak.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376
IMG_20200403_212540.png


Zoo Negara perlu lebih banyak sumbangan daging, sayur dan buah - Pegawai Zoologi​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register