Xploit Machine
CG Top Poster Club


- Messages
- 41,444
Top Poster #6
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 41,444
- Reaction score
- 5,122
- Points
- 516
- Awards
- 1
Seperti yang diketahui ramai, sebuah tablet baharu Honor bakal dilancarkan pada 26 Disember ini. Dikenali sebagai Honor V8 Pro, beberapa ciri dan fungsi utama kini mula diperlihatkan dalam beberapa poster pelancaran rasmi di Weibo.
Ia menunjukkan tablet akan dilengkapi skrin 12.1-inci dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 144Hz adaptif. Gabungan ini dirasakan cukup baik dalam usaha menyajikan pengalaman penggunaan cukup baik. Baik dari segi pengalaman tontonan mahupun tatalan pada skrin. Seterusnya, cip MediaTek Dimensity 8100 juga akan digunakan sebagai tunjang utama. Ini merupakan cip berteknologi 5nm yang juga menawarkan keupayaan 5G terbina. Bersama-sama dengannya, antaramuka MagicOS 7.0 turut digunakan, yang mana tumpuan terletak pada peningkatan pengalaman penggunaan dengan ketersambungan dan perkhidmatan lebih pintar.
Ini sahaja setakat artikel ini ditulis. Tetapi kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat yang bakal didedahkan dari masa ke semasa.