BTC USD 119,610 Gold USD 3,350.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syukur Sambut Menantu Baharu, Ibu Aisyah Aziz Titip Doa Buat Puteri Tersayang - “Walau Akan Berada Jauh Di Mata…”

kakigossip

Fun Poster
Messages
768
Joined
Apr 21, 2011
Messages
768
Reaction score
26
Points
20
astrogempak_ibu-aliff-aziz.jpg


Ibu kepada penyanyi terkenal Aisyah Aziz, iaitu Hafiza, meluahkan rasa syukur apabila menyambut menantu baharu ke dalam keluarga mereka iaitu Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Hafiza mendoakan agar rumah tangga, Aisyah Aziz dan suaminya, sentiasa dilindungi dan dirahmati hingga ke syurga.

View this post on Instagram
A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

“Bismillah... Alhamdulillah segala puji pada Allah yg Maha Esa. Allahumma baarik di atas nikmat yg telah Allah beri pada kami sekeluarga. Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu.

“Semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke jannah. Aamiin Allahumma aamiin,” tulis Hafiza.

Menerusi hantaran yang sama, Hafiza turut menitipkan pesanan penuh kasih buat Aisyah yang kini memulakan fasa baharu dalam kehidupannya sebagai isteri.

“Buat anakanda kami @aisyaah_aziz, walau akan berada jauh di mata, tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa. Aamiin Allahumma aamiin,” tambahnya.

Terdahulu, Aisyah Aziz telah sah bergelar isteri kepada Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, pada Jumaat lalu.

Adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendirikan rumah tangga bersama abang kepada pendakwah selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung pada malam ini secara tertutup di Singapura dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.

==============================

Wah, tahniah la Aisyah dan suami barunya! Sweet tengok sambutan dari family dia. Semoga bahagia2 sampai ke jannah! Perasan tak kat IG Aisyah, ada post yang sama-sama looking so happy dalam baju kahwin? Comel betul pasangan ni. 😘💍

 
Back
Top
Log in Register