BTC USD 35,798.7 Gold USD 1,799.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syukur, harga sawit meningkat...

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,086
Reaction score
712
Points
126
Ramli Omel (kiri) dan Aman Shah Bakhtiar memerhatikan Mohd Adam Khusairi mengumpulkan sawit di kebun kelapa sawit milik penduduk Kampung Jalan Benteng, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Ramli Omel (kiri) dan Aman Shah Bakhtiar memerhatikan Mohd Adam Khusairi mengumpulkan sawit di kebun kelapa sawit milik penduduk Kampung Jalan Benteng, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Masjid Tanah: Ibarat mendapat 'durian runtuh' apabila kenaikan lebih dua kali ganda harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit dianggap rahmat buat pekebun tanaman itu ketika ini.

Selepas terpaksa menelan pahit harga BTS antara RM280 hingga RM300 satu tan sebelum April lalu, mereka kini tersenyum puas apabila harga BTS melonjak di pasaran.

Ramli Omel, 42, berkata, harga BTS meningkat kepada RM680 hingga RM750 setan sekaligus menambah pendapatannya untuk menampung kos sara hidup.

"Harga paling rendah adalah RM280 satu tan beberapa tahun lalu. Namun sejak April, harganya naik hingga mencapai harga semasa RM750 satu tan," katanya ketika ditemui di kebun sawit Jalan Benteng, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Ramli dan anaknya, Mohd Adam Khusairi, 13, serta adik ipar, Aman Shah Bakhtiar, 40, mengambil upah mengait buah sawit, selain meracun dan membaja kebun dimiliki penduduk kampung berkenaan. Hasil daripada jualan BTS dibahagikan dua antara pemilik kebun dengan Ramli yang lebih mesra dengan panggilan Ujang Sawit.

Ramli berkata, selepas sekian lama hidup dihimpit kemiskinan berikutan harga BTS yang amat rendah, dia kini amat bersyukur
dengan limpahan rezeki.

"Saya amat berharap harga BTS kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama. Malah saya dengar khabar, harga BTS dinikmati
peneroka Felda Serting, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan mencecah RM1,000 satu tan," katanya.

Dia berkata, peningkatan harga BTS membolehkannya membuat tabungan masa hadapan.

Sementara itu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata, kenaikan BTS sekitar RM1,000 satu tan berbanding RM300 sebelum ini, meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit daripada kategori B40 yang berpendapatan kecil dan miskin dalam kedudukan lebih baik.

Sehubungan itu, harga minyak masak semasa RM30 sebotol lima kilogram (kg) disifatkan munasabah berikutan kenaikan harga minyak sawit bertapis (MSB) yang tinggi kini.

Beliau berkata, purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM4,000 hingga RM4,500 satu tan menyebabkan kenaikan harga MSB kepada sekitar RM5,000 satu tan.

Disiarkan pada: Jun 17, 2021 @ 4:29pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/719101/syukur-harga-sawit-meningkat
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,919
Reaction score
1,898
Points
201
Yg nie kena puji kerajaan pn
 

zam5245

Fun Poster
Joined
May 31, 2006
Messages
858
Reaction score
16
Points
25
zaman ph y dipimpin mahathir org peneroka pendapatan sikit je.pn sawit mahal.salah satu bagusnya pn nie.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,496
Reaction score
2,572
Points
201
Makin ramai la T20 mcm ni heheh
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,467
Reaction score
775
Points
121
Petroleum naik mencanak, sawit pun naik, bertambah lah pendapatan negara.
Cuma BSKL yang hidup segan mati tak mau.
Harap-harap bila dapat kerajaan yang stabil dan tak songlap duit, ekonomi negara kembali macam dulu.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,086
Reaction score
712
Points
126
Harga sawit mahal harga minyak sawit ikut mahal. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga yang kena bedal. Dia jaga buah sawit bukan harga minyak sawit.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,496
Reaction score
2,572
Points
201

Harga minyak sawit tinggi bukan jasa Perikatan, kata pekebun kecil​

sawit__full.jpg
Menurut pekebun kenaikan harga minyak sawit tidak dilakukan kerajaan kerana ia sebenarnya berlaku disebabkan kuasa pasaran dan kekurangan pengeluaran di ladang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Jun, 2021.

TIDAK timbul persoalan sama ada pekebun kecil perlu menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas kenaikan harga belian sawit pada masa ini, kata warga tani tersebut.

Pekebun ini memberitahu The Malaysian Insight, kenaikan harga itu tidak dilakukan kerajaan kerana ia sebenarnya berlaku disebabkan kuasa pasaran dan kekurangan pengeluaran di ladang
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,327
Reaction score
21,275
Points
1,671
Alhamdulillah dapat merasa rm1k setan aritu
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,496
Reaction score
2,572
Points
201
Dadah : 12 pekerja ladang sawit ditahan

DUNGUN: Taktik sekumpulan pekerja menjadikan ladang kelapa sawit di Ketengah Jaya, di sini sebagai sarang penagihan dadah membawa padah apabila kesemuanya ditahan, pagi ini.

Dalam serbuan bermula pukul 4 pagi itu, mereka yang ditahan berusia antara 28 tahun hingga 51 tahun termasuk seorang tokan dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, pihaknya turut merampas sejumlah dadah jenis syabu dan pil kuda.

“Hasil intipan, kita percaya sarang penagihan itu aktif sejak awal tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

Baharudin berkata, ujian saringan air kencing mendapati, 11 daripada 12 lelaki berkenaan positif dadah jenis syabu dan methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – UTUSAN ONLINE
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,327
Reaction score
21,275
Points
1,671
Jatuh dah 700+ skang
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register