BTC USD 61,309.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syor Syarat Khas Untuk Lesen Memandu Warga Emas - PDRM

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
PDRM | Syor Syarat Khas Untuk Lesen Memandu Warga Emas

Syarat khas disyor dikenakan untuk pemegang lesen memandu dalam kalangan warga emas sebelum mereka dibenarkan memperbaharui dokumen berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, cadangan memperkenalkan syarat khas itu bagi tujuan menjaga keselamatan golongan berkenaan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

#vivoX70Pro #vivoXZeiss #PhotographyRedefined.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,729
Reaction score
2,533
Points
201
Apa syaratnya nyatakan la mn tau menteri leh terima nanti
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,865
Reaction score
21,826
Points
1,671
Lesen warga emas

FB_IMG_1632554817793.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,865
Reaction score
21,826
Points
1,671
Respons saya terhadap cadangan mengenakan syarat khas bagi pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau mengehadkan pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas….

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Hadkan Lesen Memandu Earga Emas Cadangan Peribadi Pegawai - IGP

25.09.2021 - Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan seorang pegawai kanan polis agar kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas merupakan pandangan peribadi. Ini susulan cadangan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Azisman Alias agar warga emas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka layak mendapatkan lesen memandu untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada 24 September telah menyuarakan cadangan agar lesen memandu bagi warga emas dihadkan. Saranan tersebut merupakan cadangan peribadi beliau di peringkat dalaman JSPT sahaja dan belum lagi dibincangkan secara mendalam," kata Acryl dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl berkata sebarang kaedah keselamatan baru hanya akan dilaksanakan setelah menjalani proses kajian serta diputuskan pelaksanaannya oleh kesemua pihak berkepentingan.

"JSPT sebagai jabatan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat," katanya.

Semalam Azisman berkata faktor kesihatan menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya, terutama di kalangan warga emas.

“Apabila mencapai usia warga emas, banyak penyakit yang datang, antaranya penyakit Alzheimer dan penglihatan tidak terang. Faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya. Terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal. Maka kerajaan perlu meneliti dan mengkaji berhubung pengeluaran LKM kepada golongan warga emas,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/592773
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,865
Reaction score
21,826
Points
1,671
Pemandu 70 tahun ke atas perlu serah lesen kepada JPJ

KUALA LUMPUR – Pemandu golongan warga emas berusia 70 tahun diminta supaya menyerahkan semula lesen memandu masing-masing ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil ekoran isu keselamatan jalan raya melibatkan pemandu warga emas yang turut dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat dunia.

Katanya, menarik balik atau mengehadkan lesen sah mereka haruslah menjadi pilihan terakhir setelah mereka terbukti tiada keupayaan atau kemampuan untuk memandu.

“Ramai pemandu yang berumur lebih dari 70 tahun menunjukkan kecekapan dalam pemanduan berbanding pemandu yang lebih muda atas beberapa faktor termasuk yang berkaitan dengan tahap kesihatan mereka,” katanya menerusi rakaman ringkas di Facebook beliau hari ini.

Ka Siong berkata, Seksyen 30 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang berkuatkuasa pada masa ini juga menetapkan tanggungjawab kepada pemandu atau pemegang lesen
untuk secara sukarela menyerahkan lesen memandu apabila mempunyai tahap kesihatan yang tidak memuaskan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Tarik balik, hadkan lesen berdasarkan umur, pilihan terakhir

Tarik balik, hadkan lesen berdasarkan umur, pilihan terakhir
PUTRAJAYA: Menarik balik atau mengehadkan lesen kepada individu berdasarkan umur mereka seharusnya merupakan pilihan terakhir selepas tahap kecergasan seseorang untuk memandu disahkan secara telus menerusi satu ujian yang diiktiraf, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Wee ketika mengulas cadangan untuk mengehadkan pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada warga emas berusia 70 tahun dan ke atas, berkata ramai pemandu berusia lebih 70 tahun mempamerkan kemahiran memandu lebih baik berbanding pemandu lebih muda.


"Satu sudut yang lebih meluas, lebih menyeluruh termasuk keperluan pergerakan dan faktor sosioekonomi lain patut difikirkan, bukan hanya faktor usia," kata beliau.

Beliau berkata keistimewaan LLM diberikan oleh pihak berkuasa pengangkutan jalan sebagai satu akreditasi kepada seseorang yang sudah mempamerkan kebolehan untuk mengendalikan sesebuah kenderaan di atas jalan raya dengan memuaskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Seksyen 30 Akta 333 juga menyatakan pemegang lesen boleh menyerahkan lesen mereka di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan secara sukarela atas faktor kesihatan yang mungkin boleh membahayakan pengguna jalan raya lain, kata beliau.

Mengenai laporan yang mencadangkan untuk mengehadkan pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai "Cukai Jalan" kepada mereka yang berumur 70 tahun dan ke atas, Wee berkata seorang individu boleh sahaja meminjam kenderaan pemilik lain untuk mengelak peraturan itu.


Wee berkata sebarang perubahan dasar berkaitan LMM dan LKM perlu ditangani secara sistematik, pendekatan berasaskan bukti dan ditangani secara berpandangan jauh.

"Dengan menafikan seorang pemandu keperluannya untuk memandu dengan alasan faktor umur mereka atau bukti yang terpencil atau menggunakan anekdot adalah satu diskriminasi," katanya.

Sebelum ini dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengehadkan pengeluaran LKM kepada warga emas memandangkan faktor kesihatan seseorang warga emas boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

-- BERNAMA
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
2,165
Reaction score
777
Points
81
kena panggei tun m la buat pilot test..dia plg senior&masih lg ada lesen memandu
 

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
608
Reaction score
233
Points
33
Warga emas takde la sangat jadi punca accident. kebanyakannye bawak slow motion je. yg byk nampaknya skrg punca kemalangan ialah pengambil alkohol dan dadah.. mungkin boleh syorkan syarat khas untuk golongan ni pulak..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
LESEN WARGA EMAS |Pertimbang Aspek Lebih Menyeluruh Sebelum Kenakan Syarat Khas

Langkah menarik balik atau mengehadkan lesen sah golongan warga emas haruslah menjadi pilihan terakhir setelah mereka terbukti tiada kemampuan untuk memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata aspek lebih menyeluruh termasuk keperluan untuk mobiliti dan faktor sosioekonomi lain harus dipertimbangkan sebelum mengenakan syarat khas berkenaan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register