BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,040.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syor Ahli Parlimen DAP lantik menteri agama bukan Islam mengarut - Amanah

Dulu da penah ada 🫢

68003-E06-3-A76-4-B29-9-FFA-78-A5-E2-E7-BE45.jpg
 
Sponsored Post

379f939fa11034ef2d48930857c3db28.jpg


Berhentilah beri cadangan pelik, kata Pemuda Amanah P Pinang

Pemuda Amanah Pulau Pinang berpendapat, memang tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan portfolio khas dalam kabinet bagi mengelola hal-ehwal agama bukan Islam.

Pengarah komunikasinya, Abrar Sadiq, berkata negara sudah memiliki mekanisme yang mencukup bagi menguruskan aspek keharmonian dan kebebasan beragama rakkyat Malaysia.

Langkah mewujudkan portfolio tersebut juga, katanya, boleh memberi implikasi besar kepada kewangan negara.

“Justeru adalah lebih baik wakil-wakil rakyat DAP berhenti daripada mengemukakan cadangan-cadangan pelik sebaliknya memberikan fokus untuk membina negara bersama.

“Cukup-cukuplah memberi ruang kepada pembangkang seperti PAS untuk menjadikan cadangan seperti itu sebagai modal perkauman mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, menyarankan agar diwujudkan satu lagi jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengelola urusan penganut agama selain Islam.

Untuk rekod ketika ini salah seorang menteri di JPM bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran Islam.

Ada di peringkat negeri

Menurut Chow, langkah itu dicadangkan agar isu keharmonian serta perpaduan negara dapat dibincangkan denngan lebih berkesan, selain dapat mengelak sesuatu kontroversi.

Ia mendapat kecaman daripada PAS apabila ketua dewan ulama parti itu, Ahmad Yahaya, menganggap saranan tersebut adalah usaha terancang DAP untuk meletakkan Islam setara dengan agama lain di Malaysia.

Ahmad juga menyelar Chow sebagai gagal memahami prinsip perlembagaan negara.
Umno juga menyelar cadangan berkenaan dan menganggap tiada keperluan jawatan menteri baru diwujudkan. Sebaliknya, kata parti itu, bagi menangani isu yang dibangkitkan Chow, Kementerian Perpaduan Negara perlu menjalankan tugasnya dengan berkesan.

5bca293aa9cb5110bea89cfa7ccb20dd.jpg
Chow Yu Hui
 
Last edited:

Tidak wajar, wujudkan portfolio Menteri Agama bukan islam – Wakil Rakyat PKR​

Lee-Chean-Chung.jpg

LEE CHEAN CHUNG

PETALING JAYA: Cadangan mewujudkan portfolio Menteri Agama Bukan Islam dianggap tidak wajar dan memberi isyarat negatif terhadap usaha kerajaan mengurangkan saiz Kabinet.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil langkah mengecilkan jumlah menteri dan timbalan menteri daripada 70 orang ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada 60 orang.

“Penambahan anggota Kabinet akan menghantar mesej tidak baik bahawa kerajaan tidak serius menurunkan defisit yang diwarisi sejak pentadbiran sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Chean Chung yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya berkata, pertambahan portfolio itu akan menyebabkan isu-isu kritikal seperti gaji dan ekonomi rakyat, keselamatan negara serta pelaburan sukar diberi perhatian penuh kerana mesyuarat Kabinet perlu membahagikan masa.

“Perbincangan urusan antara agama juga akan menjadi topik utama dan boleh menjejaskan keutamaan isu-isu lain yang lebih mendesak,” katanya.

Cadangan mewujudkan portfolio berkenaan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui (DAP) dalam perbahasan Dewan Rakyat, Rabu lalu.

Yu Hui mencadangkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua portfolio iaitu Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata, beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan telah lama mempunyai exco hal ehwal bukan Islam dan menyarankan supaya kerajaan Persekutuan mengikut jejak langkah tersebut.

Cadangan itu dipercayai susulan kontroversi mengenai garis panduan umat Islam menghadiri perayaan bukan Islam yang mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Namun, Anwar, berkata, sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan tersebut.


 
Last edited:

Menteri Hal Ehwal Agama Bukan Islam: Agenda tersirat DAP​



Gambar kecil: Adli Mohamad

Gambar kecil: Adli Mohamad


PADA 12 Februari lalu, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mencadangkan dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, iaitu satu untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk urusan agama bukan Islam, kononnya untuk membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni.
Ini ialah kenyataan lengkapnya menurut Penyata Rasmi Parlimen:

“Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua. Satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam.

Menteri ini boleh melantik seorang pemimpin yang dihormati daripada kalangan masyarakat bukan Muslim untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam.

Kerajaan melantik seorang Menteri Hal Ehwal Islam dan seorang Menteri Hal Ehwal Bukan Islam bukan saja dapat memastikan pengurusan agama yang adil, tetapi juga dapat mengukuhkan perpaduan negara serta mengelakkan mana-mana pihak daripada terpinggir.

Kedua-dua Menteri ini juga dapat berkomunikasi secara mendalam mengenai pelbagai isu keagamaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak perlu. Langkah ini akan membantu membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni.”

Cadangan ini telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak dari pelbagai golongan dan aliran yang melihatnya sebagai berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat serta mengandungi agenda tersirat.

Malaysia telah sekian lama hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati antara agama.

Namun, kebelakangan ini, DAP sering mencetuskan cadangan yang dilihat menggugat keseimbangan sedia ada. Percubaan ini boleh membuka ruang kepada tuntutan yang lebih besar pada masa akan datang.

Dalam hal ini, adalah penting untuk meneliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara tersebut.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Perkara 11(4) pula membenarkan kawalan terhadap penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Ini menunjukkan bahawa Perlembagaan telah menyediakan mekanisme mencukupi bagi menjaga kepentingan agama di Malaysia.

Oleh itu, kewajaran penubuhan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam perlu dipersoalkan.

Tambahan pula, Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu Abd Aziz, turut menegaskan bahawa Perlembagaan tidak pernah membincangkan pelantikan menteri untuk agama bukan Islam.

Sebaliknya, kedudukan Islam jelas dinyatakan dalam Perkara 12(2), yang memperuntukkan penubuhan institusi Islam.

Beliau berpandangan bahawa melantik Menteri Hal Ehwal Bukan Islam boleh membawa kepada kesamarataan antara agama (pluralisme), yang bercanggah dengan niat asal Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan.

Sebenarnya ini bukan kali pertama pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan berunsur sedemikian.

Sebagai contoh, pada 11 Jun 2014, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, menyatakan bahawa hak untuk meninggalkan semua agama, termasuk Islam, harus dihormati, selaras dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ini petikan kata-katanya:

“Saya ingin menegaskan kalau kita semua boleh menghormati peruntukan dalam Perlembagaan kita, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan baik dan Perkara 11(1) jelas menyatakan bahawa setiap orang ada hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya... Saya berharap juga orang-orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan dan kalau seseorang itu memang hendak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini.”

Pada 28 Disember 2023 pula, Ngeh mencadangkan agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan Perlembagaan bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Katanya, "Dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara kita tidak terjejas.”

Semua ini adalah simptom kepada masalah dalam asas perjuangan DAP. Jika dilihat kepada Matlamat DAP dalam Perlembagaannya ada disebut pengiktirafan DAP ke atas kebebasan beragama sebagai hak asasi.

Di dalam Fasal II Perlembagaannya ada disebut DAP “Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.”

Namun, jika DAP benar-benar komited terhadap keharmonian negara, ia sepatutnya turut mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Sepatutnya Matlamat DAP dipinda dengan memasukkan sama “Mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan”.

Jika ini tidak dibuat maka cabaran ke atas kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan berterusan.

Sekiranya cadangan mewujudkan Menteri Hal Ehwal Agama Bukan Islam ini diterima, ia boleh membawa kepada persoalan besar dalam masyarakat Islam, termasuk kemungkinan hilangnya keistimewaan Islam dalam pentadbiran negara. Ini boleh membuka ruang kepada fahaman bahawa semua agama adalah sama, seterusnya melemahkan pegangan umat Islam terhadap agama mereka.

Justeru, umat Islam perlu sedar akan kepentingan politik dalam mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia.

Politik adalah alat utama dalam memastikan Islam terus terpelihara di bumi bertuah ini serta menghalang sebarang usaha yang boleh menggugat keharmonian agama di negara ini.

* Adli Mohamad adalah seorang penganalisis sosio-politik tempatan



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register