BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syor Ahli Parlimen DAP lantik menteri agama bukan Islam mengarut - Amanah

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,178
Points
266
Awards
1
EXCO Pemuda AMANAH, Fadhli Umar Aminolhuda

JOHOR BAHRU: Pemuda AMANAH mempersoalkan cadangan seorang Ahli Parlimen blok kerajaan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

EXCO Pemuda AMANAH, Fadhli Umar Aminolhuda, berkata, kenyataan jelik sebegitu sepatutnya ditolak kerana Malaysia adalah sebuah negara dengan Islam sebagai Agama Persekutuan

"Tak sedarkah anda kita sudah pun ada Menteri Perpaduan?

"Pemimpin beginilah yang menjauhkan orang Melayu Muslim kita dari Pakatan Harapan (PH) termasuklah AMANAH.

"Pimpinan PH terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tegas dan 'put a stop' dari pemimpin begini untuk terus keluarkan kenyataan yang jelik sebegini.

"Malaysia adalah sebuah negara dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kita yakin itulah paksi yang akan mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni," katanya dalam muat naik di akaun Facebooknya.

Semalam, seorang Ahli Parlimen blok kerajaan dilaporkan mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Chow Yu Hui (PH-Raub) ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

"Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah lama mempunyai exco hal ehwal bukan Islam. Maka peringkat persekutuan juga boleh mencontohi langkah ini untuk menjamin hak semua rakyat.

"Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam.

"Menteri ini boleh melantik seorang pemimpin yang dihormati dalam kalangan masyarakat bukan Muslim untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam," katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan orang bukan Islam mencetuskan kontroversi susulan reaksi pelbagai diterima termasuk dalam kalangan pemimpin di negara ini.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kabinet memutuskan bahawa garis panduan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu tidak perlu.

Dalam pada itu, Fadhli Umar turut menggesa pimpinan PH supaya menolak cadangan berkenaan yang dirasakan mengarut.

"Saya seru pimpinan PH untuk tegas menolak cadangan-cadangan yang amat mengarut sebegini!," katanya.

Sponsored Post

Teruskan mencabar..modal bagus ni
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register