Syekh Ali Jaber meninggal dunia

CG Sponsors




cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,036
Reaction score
492
Points
51
Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji'uun

Allahummargfirlahu war hamhu

Al Fatihah
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
JAKARTA: Pendakwah terkenal Indonesia, Syeikh Ali Jaber terkenal dengan kaedah penyampaian dakwah yang lembut sehingga dihormati oleh penduduk Indonesia. Imam Masjid Jamek Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok itu malah giat melakukan aktiviti dakwah dari kota hingga pelosok daerah. Bahkan, jasanya dikenang kerana melahirkan ramai generasi penghafal Al-Quran termasuk dalam salah satu program televisyen mencari anak-anak penghafal kitab suci tersebut. Syeikh Ali dilahirkan di Madinah pada 3 Februari 1976 dan mula menghafal 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun dan kemudian diamanahkan menjadi imam di sebuah masjid di kota Madinah ketika berusia 13 tahun. ...
https://www.utusan.com.my/.../syeikh-ali-jaber-lahirkan.../

Syeikh Ali Jaber lahirkan ramai huffaz Al-Quran
pendakwah-syekh-ali-jaber-3_169.png

SYEIKH ALI JABER

  • 15 Januari 2021, 9:00 am


JAKARTA: Pendakwah terkenal Indonesia, Syeikh Ali Jaber terkenal dengan kaedah penyampaian dakwah yang lembut sehingga dihormati oleh penduduk Indonesia.
Imam Masjid Jamek Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok itu malah giat melakukan aktiviti dakwah dari kota hingga pelosok daerah.

Bahkan, jasanya dikenang kerana melahirkan ramai generasi penghafal Al-Quran termasuk dalam salah satu program televisyen mencari anak-anak penghafal kitab suci tersebut.

Syeikh Ali dilahirkan di Madinah pada 3 Februari 1976 dan mula menghafal 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun dan kemudian diamanahkan menjadi imam di sebuah masjid di kota Madinah ketika berusia 13 tahun.

Anak sulung daripada 12 beradik itu, mula aktif berdakwah di Indonesia ketika menginjak usia 32 tahun sewaktu mendirikan rumah tangga dengan Umi Nadia.

Beliau kemudian menetap di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB) dan terus aktif dalam dunia dakwah dengan menjadi guru Al-Quran.

CNN Indonesia melaporkan, berita pemergiannya pada Khamis mendapat liputan meluas di negara itu kerana kehilangannya dirasakan oleh setiap penduduk di sana.

Berita kematian Syeikh Ali atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber dimaklumkan oleh pendakwah, Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagramnya @yusufmansurnew.

“Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raajiuun. Syeikh Ali Jaber meninggal di Hospital Yarsi, pada pukul 8.30 pagi. Tolong berdoa,” tulisnya.

Syeikh Ali Jaber berusia 44 tahun pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) keesokannya di Hospital Yarsi.

Sebelum itu, keadaan kesihatan arwah dilaporkan bertambah baik pada 4 Januari lalu selepas tidak sedarkan diri serta menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Keadaannya semakin baik, pasukan perubatan mengatakan ada kemajuan, cukup baik dan terus menunjukkan peningkatan,” menurut kenyataan dalam Instagram itu.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,606
Reaction score
1,906
Points
201
Selamat tinggal villa mewah

 
Sponsored Post
Top
Log in Register