Syed Saddiq tak sertai Pejuang, tubuh parti anak muda

CG Sponsors




qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
haha tmj sound tegak je

jadi ke sadik kawin ngan cucu atok
TMJ mmg xske cucu atok ni
dgr cite kalo ad mjlis rasmi kt parlimen sne, TMJ ada
mmg bdk ni xdbenarkn dtg
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
1608191017443.png


90 hari daftar tak lulus, Muda mula tekan ROS
Diterbitkan Hari ini 1:06 pm

Dikemaskini Hari ini 1:08 pm




Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul hari ini memulakan kempen menekan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan pendaftarannnya.
Buat masa ini, parti baru itu menggunakan media sosial dengan menuntut penjelasan ROS mengenai status pendaftaran mereka, setelah permohonan dihantar genap 90 lalu.

Parti itu dan penyokongnya hari ini berkongsi poster bertulis: “Helo ROS, bila nak lulus?”

Seorang penyokongnya berhujah membandingkan pendaftaran Muda dengan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu yang diluluskan dalam masa singkat.

Lim Wei Jiet, seorang pengamal undang-undang, menulis:

“Perikatan Nasional: lulus dalam 3 hari (kebetulan sempat untuk pilihan raya Sabah).

“Bersatu: lulus dalam 30 hari (sungguhpun Najib-BN memerintah!)

“Muda: belum lulus walaupun sudah 90 hari.

“Nampak sangat berat sebelah. Takkan demokrasi di bawah PN lagi teruk dari BN?”

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan butiran lanjut kempen Muda dan reaksi ROS berkaitan status pendaftaran parti itu.


 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,054
Reaction score
263
Points
41
masa ngundi bajet aritu Syed Sadiq sokong ke tak bajet?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
masa ngundi bajet aritu Syed Sadiq sokong ke tak bajet?
tn afshaman, klu peringkat jawatankuasa, dia hanya sokong bajet kementerian belia dan sukan

klu bacaan kali ke 3, dia undi tak sokong
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
Mereka akan berkempen seminggu di media sosial sebelum melancarkan petisyen bantahan dan mempertimbangkan tindakan undang-undang.

1608200717269.png


Muda pertimbang heret ROS ke mahkamah jika kempen tak berjaya


Diterbitkan Hari ini 5:43 pm

Dikemaskini Hari ini 5:47 pm



Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul mempertimbang cadangan untuk mengheret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.
Menurut Amir Abd Hadi, salah seorang pengasas Muda, ROS melanggar hak Muda untuk berpersatuan kerana masih belum meluluskan permohonan pendaftaran mereka yang dibuat tiga bulan lalu.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.


a5bd54251ec5bd7f06fbeca7ca4c2ff0.jpg

Amir Abd Hadi

Bagaimanapun, dia berkata perancangan ini akan dijalankan sekiranya kempen media sosial #BilaNakLulus tidak berjaya.
“Buat masa sekarang kita akan berkempen di media sosial selama seminggu.

“Kita akan ada perkara lain yang kita akan ambil seperti pilihan petisyen dan serahan surat peguam kepada ROS,” kata aktivis kumpulan anak muda itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Amir berkata tindakan lanjut mereka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Muda melancarkan kempen #BilaNakLulus di media sosial semalam untuk menggesa kerajaan dan ROS untuk mempercepatkan kelulusan pendaftaran parti.

‘Melampau’
Menurut Mutalib Uthman, penyalaras kempen #BilaNakLulus, dalam maklum balas terakhir pada 26 November, ROS mengatakan permohonan Muda sedang diteliti.
“Kita tak akan berdiam diri seperti sebelum ini. Setelah tiga bulan memang melampau,” kata Mutalib Uthman ketika dihubungi Malaysiakini.

Mereka juga menegaskan Muda tidak dapat bergerak sebagai parti politik rasmi sementara menunggu pendaftaran mereka diterima.

“Pada masa sekarang kita tak dapat nak daftarkan ahli secara rasmi. Kita perlukan kelulusan untuk rasmikan keahlian penyokong kita.

“Tanpa pendaftaran ROS, kita tak boleh nak ada akaun bank. Duit memang bukan faktor utama tapi itu faktor penting untuk kita bergerak di seluruh negara.
“Melalui kempen ini, kami nak pastikan kerajaan mendengar permintaan kita,” kata bekas penerbit buku indie dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Perbadanan Kota Buku (PKB).


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
pada 10/12/2020

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman
10 Disember 2020



1608285286723.png

Parti Pejuang


SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan pertubuhan itu sendiri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja (JKP) Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah melalui satu kenyataan hari ini berkata, semakan itu dibuat melalui peguamnya.
Menurutnya, semakan kehakiman itu dibuat bagi memohon perintah mandamus agar JPPM membuat keputusan meluluskan atau sebaliknya permohonan Pejuang sebagai sebuah parti politik berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Melalui semakan kehakiman itu juga, Pejuang memohon satu perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan JPPM untuk menjawab sebarang permohonan mahupun komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan mempunyai niat mala fide untuk sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pejuang.

"Pejuang sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan justeru itu membawa isu kelengahan pendaftarannya ke mahkamah bertujuan mendapat penghakiman yang seadilnya," katanya.
Katanya, Jawatankuasa Penaja (JKP) Pejuang juga akan memaklumkan perkembangan kes ini kepada warga umum dari masa ke masa.

Terdahulu, Pejuang pada 19 Ogos lalu telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPPM untuk mendaftarkan parti itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
Pengurusan kes parti Pejuang 7 Januari depan

18 Disember 2020



1608285388011.png

Amiruddin Hamzah


ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Januari depan untuk pengurusan kes Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) termasuk pertubuhan itu sendiri.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh peguam mereka selepas pihaknya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Beliau berkata, Pejuang memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah kepada RoS untuk segera membuat keputusan terhadap permohonan parti tersebut.

"Melalui semakan kehakiman itu, Pejuang mohon satu perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan RoS untuk menjawab permohonan kita atau komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah, dan mempunyai niat mala fide sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pejuang,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Amiruddin berkata, Pejuang sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan membawa isu pendaftaran parti ke mahkamah untuk mendapat penghakiman yang seadilnya.
“Kita mahukan pencerahan berhubung status pendaftaran parti Pejuang sama ada diluluskan atau sebaliknya sebagai parti politik yang berdaftar melalui Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Sebelum ini, katanya, Pejuang telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada RoS bertarikh 19 Ogos 2020 bagi proses pendaftaran tersebut.
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
MUDA boleh pelopor cara PKR. Tarik undi bikan melayu
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
965
Reaction score
438
Points
41
MUDA boleh pelopor cara PKR. Tarik undi bikan melayu
dorang dah buat pun..

masalah dia, org muda2 bukan melayu ni kebanyakan tak minat pon politik ni

dia sama je.. u want my vote? what's in for me?

takde untung dkt dia, mmg tak ikut lah ..

dekat situ mula dia boleh jadi "sold out" tu

aku harap SS tak jadi mcm bang nom nanti.. letih dah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register