Syed Saddiq tak sertai Pejuang, tubuh parti anak muda

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,583
Reaction score
1,899
Points
201
Budak Peru lelaki ini seorang banker termuda, kerana beliau berfikir di luar kotak utk menarik sezamannya

 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
'Muda tiru Muda!'

a46eb6aa85e5d3cba029b0261accdc67.jpg


Muda!, NGO yang berpangkalan di Johor, mendakwa bekas menteri belia dan sukan Saddiq Syed Abdul Rahman meniru identitinya dalam pembentukan parti politik baru yang menggunakan singkatan sama.

Pengasas Muda! Onn Mahathir memberitahu Malaysiakini bahawa mereka sudah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 2018.

“Kalau Seyd Saddiq buat parti politik, patut ada idea barulah. Sebab masa dia dalam Bersatu dulu pun, dia tak guna (istilah) sayap pemuda, dia guna sayap Armada.

“Jadi, bila dia dapat idea parti baru dan logo yang mirip dengan kita, sy rasa dia ketandusan idea,” kata Onn.

Syed Saddiq mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semalam yang menghimpunkan pemimpin penaja
pelbagai latar, termasuk golongan profesional, usahawan, aktivis dan ahli akademik.

Walaupun menggunakan singkatan sama, NGO itu menambah tanda seru pada singkatan nama mereka.

Malaysiakini sudan menghubungi Syed Saddiq dan sedang menunggu maklum balasnya.


== malaysiakini
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
Syed Saddiq lanjut pengajian sambil berkhidmat untuk rakyat

830924.jpg


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di akaun Twitter berserta gambar beliau bersama surat tawaran diterimanya dari universiti berkenaan petang semalam dan mendapat pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

“Alhamdulillah, saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk mengikuti program Lee Kuan Yew's Senior Fellowship in Public Service,” katanya.

Beliau berkata, berita itu disimpan sejak Jun lalu tetapi disebabkan kelasnya akan bermula hari ini, ia dikongsikan dengan rakan-rakannya.

“Sebagai orang muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.

“Saya menolak menyambung pengajian di peringat Master di Universiti Oxford sebanyak dua kali disebabkan politik. Akhirnya, saya diberikan peluang untuk memantapkan kemahiran dasar awam sambil memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang berkenaan dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon untuk mendaftarkan parti baharunya minggu lalu dan mengasaskan gerakan lain, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq merupakan bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) sebelum parti itu memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH), sehingga kini beliau terus memilih untuk menyokong bekas Pengerusi Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding bersama Muhyiddin Yassin.


== sinar harian
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
543615749df39ccfa495efa94d87952f.jpg


Lepas sindiran Nazri, Muda Syed Saddiq terima 7,000 keahlian
Diterbitkan Hari ini 3:45 pm

Dikemaskini Hari ini 4:01 pm

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpandangan sindiran Anggota Parlimen Umno Nazri Abdul Aziz terhadapnya telah membantu menaikkan parti barunya, Malaysian United Democratic Alliance atau Muda.
Menurutnya, susulan sindiran Nazri yang menyifatkannya sebagai "naif dan tak matang", Muda menerima sejumlah 7,000 permohonan keahlian dalam masa 12 jam.
"Selepas disindir Nazri, kami menerima lebih 7,000 ahli baru dalam masa 12 jam. Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat.
"Orang muda, kita kuasa disruptif yang kuat. Ayuh disrupt bersama Muda," ciapnya di Twitter hari ini.

Dalam wawancara bersama Malay Mail yang diterbitkan semalam, Nazri setuju dengan pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap usaha baru Syed Saddiq.
"...Ia tak akan berhasil. Seperti Mahathir kata, ia mengecualikan orang tua. Kedua, bukan semua orang muda akan menyokong parti muda.
"Semua parti ada sayap pemudanya sendiri, dan Pemuda Umno adalah gerakan yang sangat kuat. Anda fikir mereka mahu tinggalkan Umno dan sokong partinya? No way," katanya.
Mempersoalkan takrifan muda Syed Saddiq, Nazri juga berkata kemenangan Anggota Parlimen Muar itu pada PRU14 adalah disebabkan sentimen terhadap BN.
Katanya lagi, yang memang dikenali sebagai tidak berlapik, keldai pun akan mampu mencapai kemenangan yang sama.
"Sebab ketiga ialah, tidakkah dia akan menjadi tua? Apa takrifannya tentang muda? 40 tahun? 50 tahun? atau ia sepatutnya 20-an sepanjang masa?
"Saya fikir dia hanya naif...Dia menang bukan sebab dia pemimpin belia yang popular. Ia kerana arus yang melanda BN pada masa itu.
"Jika anda calonkan keldai, ia juga akan menang," katanya lagi.
Terdahulu, Syed Saddiq memberitahu Malaysiakini bahawa Muda adalah parti "dipimpin oleh anak muda" dan bukannya "eksklusif untuk golongan muda".
Parti itu juga akan memperjuangkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan usia, katanya lagi.
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
Muda gesa wajibkan kuarantin 14 hari untuk individu pulang dari Sabah, zon merah

Diterbitkan Hari ini 10:23 am

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa supaya kerajaan mewajibkan kuarantin tempoh 14 hari terhadap semua individu yang pulang dari Sabah dan zon merah.

Dalam ciapan di Twitter rasmi, Muda semalam mendesak agar langkah itu dilaksanakan kepada semua tanpa mengira status dan pangkat.

“Jangan kerana politik, seluruh negara sengsara,” ciapnya dengan menambah tanda palang #empatbelas.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang pulang dari Sabah dan diuji negatif bagi Covid-19, tidak bergejala serta tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif, tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, bilangan kes Covid-19 semakin meningkat di seluruh negara, membabitkan sejarah perjalanan dari Sabah. Ini termasuklah di kalangan ahli politik ketika berkempen bagi PRN Sabah.

Semalam, dilaporkan sekitar 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga di Pulau Pinang terpaksa menjalani ujian swab untuk Covid-19 dan diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian, selepas seorang guru wanita disahkan dijangkiti wabak itu.

Menurut laporan Bernama, difahamkan guru wanita berusia 40-an itu merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika PRN baru-baru ini.

Semalam merupakan kes harian Covid-19 tertinggi sejak Jun, dengan 260 kes berbanding 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes ketika itu.

Noor Hisham berkata Malaysia mungkin boleh mengalami "gelombang baru" Covid-19 memandangkan jangkitan terus meningkat.


== malaysiakini
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
972
Reaction score
441
Points
41
dia ni pandai.. tp mcm pilih salah jalan.. jgn sampai jadi cam bang non

pergilah sambung belajar dkt uk tu.. 10 tahun lagi baru balik, quit politic

nak sumbang pada negara bukan hanya dari jalur politik ni je

boleh jadi academician / prof / lectuter ke utk anak bangsa yg critical thinking..

takde teruk kena hentam kiri kanan dlm politik.. tapi tak menjadi akhirnya

ok bro.. aku tau ko baca forum nih.. :p
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,399
Reaction score
11,760
Points
1,906
Selain Syed Saddiq, antara pengasas Ikatan Demokratik Malaysia ialah Afiqah Zulkifli, Amir Abd Hadi, Dr Mathen Nair, Dr Thanussha F Xavier, Lim Wei Jiet dan Luqman Long.

Muda Malaysia senaraikan 13 pengasas parti
10 Oktober 2020
848921.jpg

Muda Malaysia menyenaraikan nama 13 pengasas parti itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini. (Syed Saddiq Abdul Rahman)



SHAH ALAM - Parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) mengumumkan parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengasas itu dibarisi Afiqah Zulkifli, Amir Abd Hadi, Dr Mathen Nair, Dr Thanussha F Xavier, Lim Wei Jiet dan Luqman Long.

Katanya, turut tersenarai Mutalib Uthman, Radzi Tajuddin, Shahrizal Denci, Siti Rahayu Baharin dan Tarmizi Anuwar.

"Mereka ialah wakil parti dan Muda Malaysia menyarankan pihak media agar menghubungi mereka sekiranya ada soalan-soalan berbangkit.

"Muda Malaysia juga digerakkan barisan sukarelawan yang bersama membangunkan siri-siri jelajah dan libat urus melalui kapasiti tidak rasmi," katanya.

Menurut kenyataan itu, apabila Muda Malaysia menerima pendaftaran rasmi, pihaknya akan berusaha mengembangkan keahlian awal supaya menggambarkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

"Muda Malaysia boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected]," menurutnya.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan parti baharunya itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 17 September lalu.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register