Syed Saddiq tak sertai Pejuang, tubuh parti anak muda

CG Sponsors




Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,451
Reaction score
2,534
Points
201
View attachment 333771

Keputusan benarkan Muda saman ROS pada 4 Feb


Diterbitkan 25 Jan 2021, 12:37 pm




Keputusan sama ada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat meneruskan tindakan undang-undang untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik akan diketahui pada 4 Feb.
Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan membenarkan Muda memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Keputusan ditetapkan pada 4 Februari,” kata hakim kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi, selepas pendengaran dalam talian di hadapan hakim Mariana Yahya hari ini.

Seramai 13 pemohonon, termasuk ketua Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, diwakili oleh bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga.

ROS menolak permohonan pendaftaran Muda menerusi emel pada 6 Jan lalu.
Muda menerusi firma Tetuan Sreenevasan memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jan lalu.
Mereka memohon arahan mahkamah untuk membatalkan keputusan ROS dan memohon ganti rugi termasuk ganti rugi teruk, kos, dan ganti rugi lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Salinan afidavit Syed Saddiq mendakwa keputusab ROS itu bercanggah dengan perlembagaan kerana mencabul hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.
Dia mendakwa keputusan itu tidak sah kerana dibuat melangkaui kuasa responden berdasarkan Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.


serabai lah tgk muda ikat rambut tu....nak bawa anak muda...buat lah contoh kemas....bersih...bukan serabai macam mak lampir
 
Sponsored Post

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,659
Reaction score
651
Points
81
parti anak muda ni yg mn satu, parti bunga yg tukar logo daun ke..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
parti anak muda ni yg mn satu, parti bunga yg tukar logo daun ke..
tn zari, parti bunga tukar logo daun tu armada
syed saddiq dah keluar armada

dia buat parti baru, MUDA namanya tapi ROS reject pendaftarannya. sama mcm PEJUANG, ROS reject pendaftarannya
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,659
Reaction score
651
Points
81
tn zari, parti bunga tukar logo daun tu armada
syed saddiq dah keluar armada

dia buat parti baru, MUDA namanya tapi ROS reject pendaftarannya. sama mcm PEJUANG, ROS reject pendaftarannya
ooo... kira sadiq ni tuan presiden muda la ye.. ada berapa kerusi parlimen geng muda ni cmm?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,032
Reaction score
12,210
Points
2,376

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
Tidak ada apa yang perlu PN takutkan dengan Muda memandangkan Belanjawan 2021 sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan Muhyiddin Yassin boleh kekal menjadi perdana menteri sehingga darurat tamat.

Hamzah…luluskan saja Muda, takut apa dengan Syed Saddiq, kata Puad




January 26, 2021 10:26 AM


puad-zarkashi-hamzah-zainudin-collage-260121-1.jpg

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin sangat berkuasa ketika ini.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin meluluskan pendaftaran parti Muda, yang diasaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.

Puad berkata, tidak ada apa yang perlu PN takutkan dengan parti Muda, memandangkan Belanjawan 2021 sudah diluluskan di Dewan Rakyat, manakala Muhyiddin Yassin pula boleh kekal menjadi perdana menteri sehingga darurat ditamatkan.

“Elok kerajaan PN luluskan sahaja Muda. Lagipun, takut apa dengan Syed Saddiq. Bajet 2021 sudah lulus, Muhyiddin boleh terus jadi perdana menteri sampai darurat ditamatkan. Apa pun, jangan main-main dengan Hamzah, dia sangat berkuasa.

“Dia menteri jaga polis, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Dahulu Hamzah melutut dengan Dr Mahathir Mohamad, sekarang Mahathir melutut dengan Hamzah untuk daftar Pejuang,” katanya dalam kenyataan.


FMT sebelum ini melaporkan, dalam afidavit mengejutkan difailkan di mahkamah, Syed Saddiq mendakwa Hamzah “memujuknya” menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti Muda pimpinannya diluluskan.

Syed Saddiq berkata, perkara itu berlaku di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan belanjawan ketika beliau membincangkan perkara itu dengan Hamzah kerana JPPM berada bawah bidang kuasa Hamzah.

Awal bulan ini, 13 penaja Muda yang diketuai Syed Saddiq memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan JPPM dan menteri menolak pendaftaran parti itu.

Mereka juga mahu memaksa JPPM mendaftarkan Muda sebagai parti politik dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah.


Pada 6 Jan, JPPM menolak permohonan pendaftaran Muda tanpa memberikan sebab khusus.

Muda memfailkan permohonan untuk mendaftarkan parti itu pada 17 Sept dan mengemukakan perlembagaannya yang disemak semula pada 6 Okt.


 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,813
Reaction score
2,234
Points
201
Tidak ada apa yang perlu PN takutkan dengan Muda memandangkan Belanjawan 2021 sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan Muhyiddin Yassin boleh kekal menjadi perdana menteri sehingga darurat tamat.

Hamzah…luluskan saja Muda, takut apa dengan Syed Saddiq, kata Puad




January 26, 2021 10:26 AM


View attachment 334064
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin sangat berkuasa ketika ini.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin meluluskan pendaftaran parti Muda, yang diasaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.

Puad berkata, tidak ada apa yang perlu PN takutkan dengan parti Muda, memandangkan Belanjawan 2021 sudah diluluskan di Dewan Rakyat, manakala Muhyiddin Yassin pula boleh kekal menjadi perdana menteri sehingga darurat ditamatkan.

“Elok kerajaan PN luluskan sahaja Muda. Lagipun, takut apa dengan Syed Saddiq. Bajet 2021 sudah lulus, Muhyiddin boleh terus jadi perdana menteri sampai darurat ditamatkan. Apa pun, jangan main-main dengan Hamzah, dia sangat berkuasa.

“Dia menteri jaga polis, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Dahulu Hamzah melutut dengan Dr Mahathir Mohamad, sekarang Mahathir melutut dengan Hamzah untuk daftar Pejuang,” katanya dalam kenyataan.


FMT sebelum ini melaporkan, dalam afidavit mengejutkan difailkan di mahkamah, Syed Saddiq mendakwa Hamzah “memujuknya” menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti Muda pimpinannya diluluskan.

Syed Saddiq berkata, perkara itu berlaku di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan belanjawan ketika beliau membincangkan perkara itu dengan Hamzah kerana JPPM berada bawah bidang kuasa Hamzah.

Awal bulan ini, 13 penaja Muda yang diketuai Syed Saddiq memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan JPPM dan menteri menolak pendaftaran parti itu.

Mereka juga mahu memaksa JPPM mendaftarkan Muda sebagai parti politik dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah.


Pada 6 Jan, JPPM menolak permohonan pendaftaran Muda tanpa memberikan sebab khusus.

Muda memfailkan permohonan untuk mendaftarkan parti itu pada 17 Sept dan mengemukakan perlembagaannya yang disemak semula pada 6 Okt.


takut anak muda beralih arah kot.
 

midi2020

Active+ Member
Top Poster #5
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,835
Reaction score
115
Points
33
baru-baru ni, hamzah zainudin bagi alasan kononnya permohonan pendaftaran parti Pejuang dan parti Muda tak teratur yg menyebabkan permohonan tersebut ditolak.. kononnya tak selaras dengan akta pertubuhan..

boleh percaya ke alasan tu, atau Bersatu sebenarnya takut dengan parti Pejuang dan Muda?

lepas ni, parti mana pulak yg akan jadi mangsa hamzah zainudin?

adakah Umno dan Bn akan digantung pendaftarannya untuk mengelakkan persaingan semasa pru nanti?

adakah Umno dan Bn akan diharamkan untuk membalas dendam atas perbuatan Umno menggantung pendaftaran parti Bersatu pada pru lepas?

tit for tat?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
Permohonan tak teratur, JPPM tolak pendaftaran Pejuang, Muda

February 2, 2021 1:43 PM

mukhriz-mahathir-syed-saddiq-collage-090121-1.jpg

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, permohonan berkenaan tidak teratur selaras dengan peruntukan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Hasil semakan ke atas dokumentasi permohonan, pada 6 Jan lalu pendaftaran kedua-dua parti itu ditolak berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta 335.



Hamzah berkata selaras dengan peruntukan Seksyen 18 Akta 335, permohonan rayuan boleh dibuat kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan tersebut.
“Pada 8 Januari lalu, Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang telah mengadakan perbincangan bersama pihak ROS bagi mendapatkan pandangan dan mengemukakan permohonan rayuan pada hari yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya hari ini.

Tambah beliau, Jawatankuasa Penaja Parti Muda sehingga kini belum berjumpa JPPM untuk konsultasi dan mengemukakan permohonan rayuan secara rasmi kepada beliau selaku Menteri Dalam Negeri.

Hamzah menegaskan, pertubuhan yang tidak didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta 335 menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 akta sama dan boleh dikenakan tindakan jika menjalankan sebarang aktiviti.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
Kenyataan Hamzah mengenai MUDA tidak benar

3 February 2021

MGF21122020_MUDA-14.jpg

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bergambar bersama sebahagian daripada penyokong yang hadir selepas selesai menyerahkan surat peguam di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Putrajaya. foto AFIQ HAMBALI, 21 DISEMBER 2020.


KUALA LUMPUR – Pimpinan penaja Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah membuat beberapa kesilapan berhubungan pendaftaran parti itu.
Menurut kenyataan MUDA, pihaknya terpanggil untuk memperbetulkan beberapa fakta yang didapati mengelirukan oleh Hamzah.




“Berkaitan umur minima 16 tahun untuk menjadi ahli parti MUDA, ini tidak betul, perlembagaan kami yang telah dikemaskini dan telah disemak oleh ROS berkali-kali menetapkan umur minima ahli MUDA ialah 18 tahun.
“Mengenai isu maksimum untuk ahli parti yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan tiada ditetapkan had umur maksima dalam perlembagaan kami,” kata MUDA.

MGF02022021_PC-KDN_07.jpg

Pendaftaran ditolak berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 pada sidang media khas mengenai isu permohonan parti Pejuang dan Muda di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 02 FEBRUARI 2021.
Semalam, Hamzah berkata, permohonan yang dikemukakan oleh Muda Malaysia tidak selari mengikut peruntukan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].



Menurutnya, kesalahan editorial pada perlembagaan parti boleh menyebabkan ia disalahgunakan.
Beliau berkata, Perlembagaan Muda Malaysia juga tidak teratur dan tidak jelas.
Dalam pada itu, MUDA turut mendakwa Hamzah tidak mendapat pengetahuan yang betul tentang pendaftaran parti itu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).



“Sekiranya Menteri tidak diberi taklimat yang betul atau terlepas pandang untuk membaca borang pendaftaran, MUDA itu adalah akronim untuk ‘Malaysian United Democratic Alliance’.
“MUDA ialah parti untuk semua tanpa mengira kaum atau umur. Tiada mana-mana parti politik dalam Malaysia yang menetapkan umur maksima bagi ahli parti,” katanya.
Pada 7 Januari lalu, RoS menolak tanpa sebab penubuhan parti MUDA.

Penolakan pendaftaran parti itu disampaikan melalui satu e-mel setelah hampir empat bulan menghantar permohonan.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini mendaftarkan parti baharu itu kepada RoS pada 17 September tahun lalu selain surat peguam berkaitan isu pendaftarannya telah diserahkan pada 21 Disember lepas. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post
Top
Log in Register